KPT Pastikan Pemodenan Ruang Pembelajaran UTM Siap Mengikut Jadual

KPT Pastikan Pemodenan Ruang Pembelajaran UTM Siap Mengikut Jadual
English translation not available for this content.

17 April 2026 | Skudai, Johor

​Penyampaian perkhidmatan pendidikan tinggi yang cemerlang memerlukan sokongan infrastruktur fizikal yang mantap serta selari dengan perkembangan teknologi semasa.

​Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang diketuai oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan), YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman Hassan pada siang tadi telah mengadakan lawatan kerja ke Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bagi meninjau status kemajuan projek di bawah peruntukan pembangunan yang melibatkan fasiliti akademik serta kediaman.

​Fokus utama lawatan tersebut adalah bagi melihat keberkesanan peralihan ruang pembelajaran tradisional kepada ruang hibrid yang dilengkapi sistem sidang video bagi tujuan pengajaran serta pembelajaran lebih dinamik.

Selain itu, lawatan tersebut turut memberi perhatian kepada kerja-kerja menaik taraf kolej kediaman bagi menyediakan persekitaran hidup yang lebih kondusif dan selamat untuk para mahasiswa.

Inisiatif itu diambil bagi memastikan setiap projek yang diluluskan dapat disiapkan mengikut tempoh yang ditetapkan demi manfaat warga kampus.

​KPT akan terus memperkukuh kerjasama dengan pihak universiti bagi memastikan setiap pengurusan pembangunan fizikal dilaksanakan secara telus serta memberikan impak maksimum kepada kebajikan mahasiswa.

​Turut hadir, Timbalan Setiausaha Bahagian (Seksyen Pembangunan), Bahagian Pembangunan KPT, Dr. Fary Akmal Osman; Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) UTM, Prof. Dr. Eddy Tonnizam Mohamad; dan Menjalankan Tugas Pengarah Pembangunan UTM, Asliza Bakar. 

  • Last updated on .
  • Hits: 141
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 24 April 2026, 08:22:27.

sirim-logo