KPT Lancar Tabung Kecemasan Misi Kemanusiaan Rakyat Palestin

KPT Lancar Tabung Kecemasan Misi Kemanusiaan Rakyat Palestin
English translation not available for this content.

Tabung Kecemasan Misi Kemanusiaan Rakyat Palestin dari Sektor Pendidikan Tinggi telah disempurnakan pelancarannya oleh Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin pada tengah hari ini di Ibu Pejabat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Putrajaya.

Turut sama hadir pada sesi ini ialah YBhg. Dato' Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT dan YBhg. Datuk Dr. Mohd Zabri Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) KPT serta lain-lain Pengurusan Tertinggi KPT.

Tabung yang dilancarkan ini bertujuan untuk membantu mengurangkan penderitaan rakyat Palestin yang terkesan akibat konflik di Genting Gaza. Kutipan yang berlangsung sehingga 10 November 2023 ini turut digerakkan ke seluruh KPT termasuk Bahagian, Unit, Jabatan serta Agensi, di bawahnya.

Sumbangan di peringkat KPT juga boleh disalurkan menerusi Kelab Sukan dan Kebajikan KPT atau Surau “IBADURRAHMAN KPT” menerusi akaun seperti berikut:

KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN KPT
Akaun Maybank : 566010 616295
SURAU IBADURRAHMAN KPT
Akaun CIMB Bank : 86022 32473

Sumbangan warga KPT adalah amat dihargai!

  • Last updated on .
  • Hits: 1555
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Monday 15 April 2024, 21:14:58.