KPT Kerah 510 Sukarelawan IPT Bantu Operasi Pembersihan Di Putra Heights

KPT Kerah 510 Sukarelawan IPT Bantu Operasi Pembersihan Di Putra Heights
English translation not available for this content.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah menggerakkan seramai 510 sukarelawan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) bagi menyertai Operasi Mega Pembersihan pasca kebakaran paip gas di Putra Heights pagi tadi.

Pasukan sukarelawan tersebut telah diketuai oleh Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, YBhg. Datuk Prof. Dr. Azlinda Azman dan diselaraskan oleh Majlis Sukarelawan Universiti Awam (MASKUM).

Operasi selama dua (2) hari bermula hari ini itu turut melibatkan lebih 2,000 orang sukarelawan termasuk dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), IPT dan badan bukan kerajaan (NGO).

Majlis pelancaran operasi tersebut telah disempurnakan Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari yang seterusnya telah membantu para mangsa membersihkan kawasan rumah, jalan, lorong serta mengeluarkan barangan yang rosak akibat kebakaran.

Penglibatan IPT dalam operasi ini membuktikan komitmen Kementerian dalam membantu mangsa bencana dan memupuk semangat kesukarelawanan dalam kalangan pelajar.

Hadir sama Pengarah Bahagian Hal Ehwal Pelajar merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Perkasa Siswa (YPS), Hirman Awang; Menjalankan Fungsi Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) merangkap Timbalan Pengerusi MASKUM, Prof. Dr. Nik Salida Suhaila Nik Saleh; serta Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof. Dr. Arifin Abdu.

  • Last updated on .
  • Hits: 413
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Tuesday 15 July 2025, 07:22:36.

sirim-logo