KPT Jalin Kerjasama Tawar Biasiswa Lanjut Pengajian Di Hungary

KPT Jalin Kerjasama Tawar Biasiswa Lanjut Pengajian Di Hungary
English translation not available for this content.

KPT menjalinkan kerjasama dengan Kerajaan Hungary mengenai Provision of the Stipendium Hungaricum Scholarships for the Years 2022-2024 bagi menawarkan 40 biasiswa secara tahunan mulai 2022 hingga 2024 kepada warganegara Malaysia yang ingin melanjutkan pengajian di Hungary.

Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) kerjasama tersebut telah ditandatangani oleh YB Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi dan TYT Dr Petra Ponevacs-Pana, Duta Hungary ke Malaysia di sini hari ini. Turut menyaksikan majlis ini ialah YBhg Dato’ Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha KPT dan YBrs Dr Aniko Farkas, Timbalan Ketua Perwakilan Hungary ke Malaysia.

Sebanyak 20 biasiswa diperuntukkan di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan One-Tier Masters (OTM) bagi bidang pengajian aliran Sains.

Manakala 10 biasiswa pula diperuntukkan di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan OTM bagi bidang aliran Sastera.
Selain itu, sebanyak 10 biasiswa diperuntukkan di peringkat Ijazah Kedoktoran yang mana 6 biasiswa adalah bagi aliran Sains dan 4 biasiswa adalah bagi aliran Sastera.

Biasiswa ini meliputi yuran pengajian, elaun sara hidup, penginapan serta insurans kesihatan. Permohonan Biasiswa Stipendium Hungaricum bagi tahun akademik 2023 akan dibuka kepada orang ramai pada pertengahan bulan November 2022. Maklumat lanjut mengenai biasiswa ini boleh didapati di laman web rasmi: https://apply.stipendiumhungaricum.hu/

  • Last updated on .
  • Hits: 5347
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 11 October 2024, 07:37:56.

sirim-logo