KPT dan UMT Bincang Pemerkasaan Ekosistem Ekonomi Biru dan Pelaksanaan Teaching Shipyard

30 Oktober 2026 | Putrajaya
Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YBhg. Datuk Ts. Dr. Hj. Aminuddin bin Hassim hari ini menerima kunjungan hormat daripada Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT), YBrs. Profesor Dr. Suriyani binti Muhamad dan delegasi bagi membincangkan perkembangan pelaksanaan inisiatif universiti serta potensi kerjasama dalam bidang berkaitan.
Perbincangan merangkumi usaha pemerkasaan ekosistem Ekonomi Biru di UMT, termasuk inisiatif Malaysia Blue Economy Network (MBEN) dan cadangan penganjuran Malaysia Blue Economy Talent & Policy Summit 2027. Turut dibincangkan ialah perkembangan pelaksanaan Teaching Shipyard UMT yang berpotensi menjadi platform latihan berasaskan industri serta menyokong pembangunan bakat dalam bidang maritim.
Kunjungan ini turut menjadi ruang pertukaran pandangan dan perkongsian maklum balas KPT berhubung pelaksanaan inisiatif berkenaan, khususnya dalam memperluas peranan universiti sebagai peneraju ilmu dan penyelidikan serta melahirkan bakat berkemahiran yang memenuhi keperluan industri. Usaha ini diharap dapat menyumbang kepada pembangunan sektor maritim dan ekonomi negara.
- Last updated on .
- Hits: 31
