KPT dan PPJ Perkukuh Kerjasama Jayakan Festival Idea Putrajaya 2026

23 Oktober 2026 | Putrajaya
Berbaki 25 hari sahaja lagi sebelum Festival Idea Putrajaya (FIP) 2026 membuka tirainya selama tiga hari di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Menjelang acara kemuncak ini, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) terus giat menggandakan usaha mempromosi serta memperkukuh jaringan kerjasama strategik bersama pelbagai agensi dan pihak swasta.
Bagi merealisasikan kelancaran program ini, Ketua Setiausaha KPT, YBhg. Datuk Ts. Dr. Haji Aminuddin Hassim hari ini telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), YBhg. Dato' Haji Mohd Sakeri Abdul Kadir.
Sebagai rakan strategik utama bagi penganjuran kali ketiga tahun ini, PPj sentiasa komited dalam membantu, memudah cara gerak kerja, serta merancakkan lagi kempen promosi.
Sinergi utuh antara kedua-dua pihak ini amat bertepatan dengan hasrat festival untuk mengangkat Putrajaya sebagai "City of Ideas".
Sesi pertemuan ini turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT, Tuan Ahmad Rizal Adnan; Setiausaha Bahagian Perancangan Strategik, Dr. Ahmad Zairy Mohd Soieb; dan Ketua Komunikasi Korporat, Encik Mohamad Hafizi Rosli.
- Last updated on .
- Hits: 100
