KPT Bantu Masyarakat Setempat Melalui Program TVET UNiTY

KPT Bantu Masyarakat Setempat Melalui Program TVET UNiTY
English translation not available for this content.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) percaya bahawa kepakaran, kemahiran dan ilmu yang ada di Insititusi Pengajian Tinggi (IPT) perlu dimanfaatkan dan disumbangkan kepada masyarakat setempat melalui program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, program CSR ini akan dapat memperkukuh kerjasama yang sudah sedia terjalin antara pelbagai agensi di bawah KPT dengan IPT, khususnya dalam usaha menyebar luas manfaat kepada masyarakat setempat.
“Di KPT, kita mempunyai ramai pakar dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, ekonomi komuniti, kelestarian dan teknologi hijau, pembangunan kemahiran komuniti, kesejahteraan sosial, kesihatan dan pelbagai lagi,” katanya pada majlis Taklimat Pelaksanaan Program TVET UNiTY @ Parit Sulong.
Turut hadir Datuk Mohd Zabri Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) KPT, Dato’ Prof Husani Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Prof Dr. Ahmad Fauzi Ismail, Naib Canselor UTM, Prof Dr Zaliman Sauli, Naib Canselor UniMAP, Prof Dr Ruzairi bin Abdul Rahim, Naib Canselor UTHM, dan Dr Shamsuri Abdullah, Pengarah Bahagian Koordinasi TVET, JPPKK (Kini menjalankan tugas Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan).
Program TVET UNiTY @ Parit Sulong dilaksanakan di 43 kawasan di Parlimen Parit Sulong dan melibatkan 16 agensi KPT seperti UTHM, UniMAP, UTeM, UMP dan UTM serta empat politeknik dan tujuh kolej komuniti di sekitar negeri Johor.

  • Last updated on .
  • Hits: 4366
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Wednesday 24 July 2024, 03:08:48.

sirim-logo