Kolaborasi UTM Dan Mastercard Tubuh Hab Inovasi Siber

Kolaborasi UTM Dan Mastercard Tubuh Hab Inovasi Siber
English translation not available for this content.

Jalinan kerjasama strategik antara IPT dan industri sentiasa menjadi keutamaan YB Menteri Pendidikan Tinggi dalam memperkasakan sektor pendidikan tinggi negara ke taraf yang lebih disegani di peringkat global.

Justeru, majlis penyerahan Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Mastercard dalam membangunkan program pengajian berfokuskan keselamatan siber hari ini turut menterjemahkan reputasi dan kepercayaan industri terhadap IPT di Malaysia.

YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin yang menyaksikan penyerahan dokumen tersebut antara YBhg. Dato' Prof. Ir. Ts. Ahmad Fauzi Ismail, Naib Canselor UTM dan Encik Matthew Driver, Timbalan Pengarah Eksekutif (Perkhidmatan) Mastercard di Menara Razak UTM pagi tadi.

MoU tersebut merangkumi kolaborasi pembangunan sebuah program komprehensif yang mengandungi latihan kemahiran dan kursus pendek; pengetahuan dalam mengenal pasti ancaman; pengenalan solusi baharu dan teknologi yang mampu meningkatkan keselamatan dan perlindungan dalam perkhidmatan kewangan.

Selain itu, MoU turut bakal menyaksikan penubuhan "Hab Inovasi Siber UTM-Mastercard" yang akan dilengkapi dengan infrastruktur dan kemudahan untuk menjalankan projek-projek penyelidikan berkaitan keselamatan siber melibatkan kepakaran dan pengalaman kedua-dua organisasi.

Hadir sama YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha KPT; YBhg. Dato' Dr. Megat Sany Megat Ahmad Supian, TKSU (Dasar) KPT; YBhg Dato' Prof. Dr. Husaini Omar, KPPT; dan Safdar Khan, Presiden Divisyen Asia Tenggara, Mastercard.

  • Last updated on .
  • Hits: 3685
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 19 July 2024, 10:52:23.