Kohort Pertama investED SC Tamatkan Program Graduan Pasaran Modal

Kohort Pertama investED SC Tamatkan Program Graduan Pasaran Modal
English translation not available for this content.

Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir telah menyempurnakan Majlis Graduasi Program investED yang diadakan di Kuala Lumpur hari ini, di mana beliau turut menyampaikan hadiah kepada pelajar terbaik.

Program investED selama tiga tahun ini telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada Jun 2023 lalu bertujuan untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan dan memastikan saluran bakat mampan untuk membantu mengurangkan kekurangan tenaga mahir dalam pasaran modal.

Majlis hari ini juga menyaksikan seramai 192 pemegang Program Asasi investED, program pensijilan berstruktur yang diuruskan oleh badan pembelajaran Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Perbadanan Pembangunan Industri Sekuriti (SIDC), menerima sijil graduasi mereka.

Bermula pada Ogos 2023, program ini menyediakan pengetahuan pengenalan dan pensijilan asas mengenai pasaran modal, dan tamat dalam tempoh dua hingga tiga bulan.

Terdahulu, kohort pertama Program Asasi telah menarik sebanyak 2,526 permohonan, secara langsung mencerminkan minat dan penerimaan pelajar.

Sejak penubuhannya, InvestED telah mengadakan penglibatan bersama lebih 30,000 pelajar universiti melalui tujuh (7) pameran kerjaya dan 24 ceramah kerjaya di seluruh negara.

Turut hadir, Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Dato’ Seri Dr. Awang Adek Hussin; Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof. Dr. Azlinda Azman dan pegawai-pegawai kanan Kementerian dan IPT. 

  • Last updated on .
  • Hits: 399
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Wednesday 24 July 2024, 03:08:48.

sirim-logo