Kerjasama Universiti Dan Industri Perlu Lebih Teliti Dan Terancang

Kerjasama Universiti Dan Industri Perlu Lebih Teliti Dan Terancang
English translation not available for this content.

Penglibatan pihak industri dalam IPT amat dialu-alukan dalam usaha melonjakkan manfaat, kepakaran, perspektif dan pengalaman tersedia kedua-dua dunia namun ia hendaklah dilaksanakan dengan teliti dan terancang.

Maka, YB Menteri Pendidikan Tinggi telah mencadangkan tiga (3) garis panduan bagi merangka hubungan kerjasama antara IPT dan industri.
Kerjasama tersebut mestilah bersifat strategik; mempunyai sasaran untuk memperkemas operasi, teknologi dan amalan semasa; serta kerjasama itu mampu menjujukan manfaat dan pulangan jangka panjang bagi semua pihak.

YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin berkata demikian sewaktu menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Malaya (UM) yang diwakili Naib Canselornya, YBhg. Dato' Prof. Ir. Dr. Mohd. Hamdi Abd. Shukor dengan syarikat Infinity Logistics and Transport Sdn. Bhd. yang diwakili oleh Pengarah Urusannya, YBhg. Dato' Seri Chan Kong Yew di sini petang tadi.

Beliau menambah, MoU tersebut bukti jelas KPT sentiasa menambah baik kursus-kursus pengajian sedia ada untuk kekal relevan dan memenuhi keperluan pasaran kerja, selain menyangkal dakwaan IPT Malaysia masih menawarkan program-program lapuk dan ketinggalan zaman.

  • Last updated on .
  • Hits: 2788
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Wednesday 29 May 2024, 21:46:47.