Kerjasama Dua Hala Malaysia-Jepun Perkukuh Bidang Pendidikan Tinggi

Kerjasama Dua Hala Malaysia-Jepun Perkukuh Bidang Pendidikan Tinggi
English translation not available for this content.

Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir telah menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Jepun ke Malaysia, TYT Noriyuki Shikata bersama delegasi di Putrajaya semalam.

Pertemuan ini telah membuka ruang perbincangan yang konstruktif mengenai pengukuhan kerjasama dua hala dalam bidang pendidikan tinggi termasuk agenda pengantarabangsaan, pemindahan dan perkongsian ilmu khususnya dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta pembangunan bakat terbaik negara.

Turut dibincangkan ialah pencapaian penting seperti penubuhan University of Tsukuba Malaysia iaitu kampus cawangan luar negara pertama oleh sebuah universiti Jepun serta pemantapan peranan Malaysia-Japan Linkage Office di Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT), Universiti Teknologi Malaysia (UTM). MJIIT berfungsi sebagai jambatan penting dalam menghubungkan institusi akademik dan industri antara Malaysia dan Jepun.

Kerjasama erat ini mencerminkan komitmen bersama Malaysia dan Jepun dalam memperkasa ekosistem pendidikan tinggi yang inklusif, inovatif dan bertaraf global.

Turut hadir adalah Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YBhg. Dato' Dr. Haji Megat Sany Ahmad Supian; Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, YBhg. Dato' Dr. Haji Mohd Zahari Ismail; Ketua Pegawai Eksekutif Education Malaysia Global Services (EMGS), Encik Novie Tajuddin; Pengarah Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT), YBrs. Prof. Dr. Harshita Aini Haroon; dan Setiausaha Bahagian Hubungan Antarabangsa, KPT, YBhg. Datin Noorazah Omar. 

  • Last updated on .
  • Hits: 40
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Tuesday 22 July 2025, 10:11:49.

sirim-logo