Kempen Pembudayaan Norma Baharu Kementerian Pengajian Tinggi

English translation not available for this content.

17 November 2020, YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi telah menyampaikan perutusan sempena Kempen Pembudayaan Norma Baharu Kementerian Pengajian Tinggi secara dalam talian hari ini. Kempen ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan memperkasa komuniti bagi melindungi diri, keluarga dan komuniti masing-masing dalam usaha memerangi pandemik COVID-19 dan membudayakan norma baharu. Program ini turut disertai oleh para pelajar institusi pendidikan tinggi di seluruh Malaysia secara dalam talian. Turut serta YB Dato' Mansor Othman, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Mazlan Yusoff, Ketua Setiausaha KPT, Dr Mohd Zabri Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT, Datuk Rosli Yaakub, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) KPT, Prof Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi dan Ts Haji Mohamad Amin Hamat, Timbalan Ketua Pengarah (Governan) yang menjalankan tugas Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti.

WhatsApp Image 2020 12 24 at 15.28.04
WhatsApp Image 2020 12 24 at 15.28.06
WhatsApp Image 2020 12 24 at 15.28.06 1
  • Last updated on .
  • Hits: 5303
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Monday 27 May 2024, 18:16:03.