JPT Komited Laksana Agenda Pendidikan Tinggi Negara

JPT Komited Laksana Agenda Pendidikan Tinggi Negara
English translation not available for this content.

Pada hari ini, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi turut berkesempatan mendengar pembentangan mengenai perancangan dan hala tuju Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT).

Dalam sesi tersebut, YBhg. Dato’ Prof. Dr. Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi telah membentangkan mengenai penyusunan semula fokus Bahagian Kolaborasi Industri dan Masyarakat (BKIM) iaitu satu daripada bahagian di bawah Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT). Usaha ini bagi memastikan hubungan kerjasama dengan industri dapat disemarak dan menyokong ke arah meningkatkan kebolehpasaran graduan.

JPT turut membentangkan cadangan penstrukturan semula Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT). Ia bertujuan mengukuhkan fungsi dan peranan jabatan ke arah kecemerlangan ekosistem pendidikan tinggi negara. Penstrukturan ini melibatkan beberapa fasa termasuk penjenamaan sektor dan nama bahagian bersesuaian dengan fungsinya.

Tumpuan JPT pada tahun 2023 juga telah dibentang dalam sesi tersebut. Ia meliputi antara lainnya Dasar Perkongsian Pendidikan Tinggi, Pembelajaran Fleksibel, Pemerkasaan Mahasiswa, Keterlihatan Pendidikan Tinggi Negara dan Kebolehpasaran Graduan. Selain itu, tadbir urus berkaitan universiti awam dan perihal akademik juga dibincangkan dalam sesi pada hari ini.

Sesi pembentangan pada hari ini turut dihadiri oleh Encik Ahmad Rizal Adnan, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (Penyelidikan dan Antarabangsa), YBhg. Dato’ Mohd Sharil Abdullah, Pengarah Bahagian Kolaborasi Industri dan Masyarakat (BKIM) serta pegawai-pegawai kanan JPT.

  • Last updated on .
  • Hits: 3429
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Monday 27 May 2024, 18:16:03.