Jom Masuk U 2023 Zon Utara Dan Sabah Labuhkan Tirai

Jom Masuk U 2023 Zon Utara Dan Sabah Labuhkan Tirai
English translation not available for this content.

Usai sudah minggu kedua siri jelajah Jom Masuk U 2023 (JMU 2023) setelah dua (2) hari bertandang di UiTM Cawangan Kedah, Kampus Sungai Petani bagi Zon Utara dan di Universiti Malaysia Sabah (UMS) Kota Kinabalu bagi Zon Sabah.

Lebih 13 ribu orang pengunjung telah membanjiri Zon Sabah yang telah dihoskan oleh UMS, manakala Zon Utara pula telah menerima hampir 9 ribu orang pengunjung ke kampus UiTM Sungai Petani. .

Rata-rata mereka yang hadir iaitu para pelajar, lepasan SPM/STPM, ibu bapa dan pendidik gembira dan amat berpuas hati dengan penganjuran program sua temu seperti ini.

Selepas ini, para pempamer yang terdiri daripada Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) awam dan swasta bakal menuju ke dua (2) lokasi lain iaitu Terengganu dan Kuala Lumpur yang turut menjadi lokasi penutup siri jelajah ini.

Terima kasih Oghang Utagha dan Urang Sabah!!!

  • Last updated on .
  • Hits: 2362
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 19 July 2024, 10:52:23.