Jom Masuk U 2023: Terima Kasih Orang Ganu

Jom Masuk U 2023: Terima Kasih Orang Ganu
English translation not available for this content.

Petang semalam telah berakhirnya Jom Masuk U 2023 bagi Zon Timur yang telah dilangsungkan di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bermula 3 Jun lalu.

Hampir 15 ribu pengunjung telah meluangkan masa bersama ahli keluarga dan rakan taulan untuk mendapatkan pencerahan dan maklumat berguna yang diperlukan untuk menjejaki cita-cita ke Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) awam dan swasta.

Program jerayawara bitara Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) tersebut menjadi medan sua temu antara IPT; institut latihan kemahiran awam (ILKA); agensi penyedia pembiayaan, penajaan dan biasiswa pendidikan tinggi, ; serta Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dengan para anak muda lepasan sekolah, ibu bapa dan pendidik dari seluruh Terengganu, Pahang dan Kelantan.

Hari ini, JMU 2023 masih lagi diteruskan di lokasi terakhir iaitu Universiti Malaya (UM) bagi Zon Tengah sehingga jam 6.00 petang nanti.

Kita jumpa lagi di JMU edisi akan datang, Terima kasih Orang Ganu.

  • Last updated on .
  • Hits: 2665
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 19 July 2024, 10:52:23.