Jom Masuk IPT (JMIPT) 2022 Zon 3 di Kuching, Sarawak

English translation not available for this content.

19 Februari 2022

Sarawak menjadi destinasi seterusnya program Jom Masuk IPT (JMIPT) 2022 Zon 3 hari ini yang berlangsung dalam suasana pematuhan SOP COVID-19 yang ketat melalui penggunaan “QR scanner barcode”.

UiTM Cawangan Sarawak diberi penghormatan menjadi penganjur utama program Jom Masuk IPT Zon Sarawak 2022 oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Pulau Pinang (UiTM Cawangan Pulau Pinang) dan Perak (UPSI) masing-masing menjadi hos kepada program JMIPT pada 5 dan 6 Februari 2022 (Zon 1) dan 12 dan 13 Februari 2022 (Zon 2).

Program yang diadakan selama dua hari di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) ini dirasmikan oleh YB Datuk Ronald Sagah Wee Inn, Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak yang mewakili YAB Ketua Menteri Sarawak.

Beliau turut menyaksikan majlis menandatangani MoU diantara UiTM dan PTPTN untuk saling membantu dan menyokong pelaksanaan pelbagai projek yang akan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak dan masyarakat keseluruhannya terutama dalam aspek pembangunan kemahiran dan keusahawanan serta pembudayaan simpanan pendidikan untuk seluruh warga UiTM.

Program JMIPT ini bertujuan memberi pendedahan kepada calon-calon lepasan SPM, STPM dan setaraf dengannya yang ingin mendapatkan maklumat mengenai program pengajian yang ditawarkan oleh Insitusi-Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA).

Sebanyak 21 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), termasuk Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan 24 Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) turut serta sepanjang program ini diadakan.

Program ini juga disertai oleh beberapa buah Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA), Agensi atau Kementerian seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA), Bank Simpanan Nasional (BSN), Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Malaysia Qualifications Agency (MQA).

Turut hadir ialah YBrs. Prof. Ir. Dr. Robiah binti Yunus, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi, KPT, YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr Hajah Roziah Mohd Janor, Naib Canselor UITM, YBhg. Professor Dato Dr. Jamil bin Haji Hamali, Rektor UiTM Sarawak dan YBrs. En Wahi bin Nordin, Pengarah, Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA, Jabatan Pendidikan Tinggi, KPT.

  • Last updated on .
  • Hits: 17160
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 19 April 2024, 16:56:01.