Industri Disaran Main Peranan Penting Perkasa TVET Negara

Industri Disaran Main Peranan Penting Perkasa TVET Negara
English translation not available for this content.

Pihak industri diseru untuk mengambil lebih tanggungjawab bagi membangunkan bakat tempatan dalam memacu dan memperkasakan sektor pendidikan TVET negara.

Justeru, Kerajaan mengharapkan akan ada satu bentuk kerjasama yang mantap antara industri dengan semua pemegang taruh yang terdiri daripada pelbagai kementerian, agensi, badan berkanun dan kesatuan sekerja kebangsaan dalam merealisasikan wawasan tersebut.

YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim berkata demikian ketika menyempurnakan Sambutan Hari Pekerja 2023 anjuran Kementerian Sumber Manusia di sini pagi tadi.

Bertemakan "Pekerja Pemangkin Wadah Malaysia Madani", sambutan kali ini telah disertai kira-kira 3 ribu orang pekerja melibatkan pelbagai sektor awam dan swasta.

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YBhg. Dato’ Seri Abdul Razak Jaafar turut hadir bersama-sama kontinjen Kementerian yang turut diwakili kesatuan-kesatuan sekerja dari institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) serata Malaysia.

Pada majlis yang sama, YAB Perdana Menteri yang diiringi oleh YAB Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan YB Menteri Sumber Manusia, Tuan V. Sivakumar telah turut melancarkan portal TVET Madani.

Portal tersebut akan menjadi rujukan utama agensi dan penyedia latihan dalam membuat perancangan, halatuju dan unjuran melalui analisa data dari capaian data yang dikumpulkan melibatkan semua pemegang taruh yang terlibat.

  • Last updated on .
  • Hits: 3262
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 19 July 2024, 02:51:53.