DS KSU Lancar Minggu Duit Global 2023 Peringkat KPT

DS KSU Lancar Minggu Duit Global 2023 Peringkat KPT
English translation not available for this content.

YBhg Dato’ Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha KPT hari ini telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Minggu Duit Global 2023 (GMW2023) Peringkat KPT, di lobi KPT di sini.

GMW2023 akan berlangsung selama satu minggu mulai 20 hingga 26 Mac 2023 secara serentak di seluruh dunia.

Di peringkat KPT, pihak penganjur telah menyediakan pelbagai informasi visual mengenai pendidikan kewangan yang dipaparkan di skrin LED di lobi sepanjang minggu ini, selaras dengan semangat GMW2023.

Selain itu, agensi KPT seperti PTPTN dan ahli-ahli Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN) turut membuka reruai pameran untuk memberikan maklumat mengenai pengurusan kewangan peribadi.

Tujuan GMW2023 dianjurkan adalah untuk mendidik, terutama golongan muda, dalam membuat keputusan kewangan yang berhemat – dengan tema khas tahun ini iaitu “Plan your Money, Plant Your Future”.

Tema ini membawa mesej yang jelas betapa pentingnya pengurusan kewangan yang baik bagi menjamin kelestarian dan kesejahteraan perjalanan hidup seseorang insan yang bijak dan bertanggungjawab.

  • Last updated on .
  • Hits: 2853
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 19 July 2024, 10:52:23.