Cadangan Penambahbaikan AUKU Sedang Diperhalus

English translation not available for this content.

Kementerian Pendidikan Tinggi tetap meneruskan komitmen untuk memurnikan Akta Universiti dan kolej Universiti (AUKU) 1971 dengan mengambil kira pandangan dan cadangan konstruktif bagi menghalusi kelemahan yang ada melalui penambahbaikan berterusan.

Justeru, KPT tidak berhasrat untuk memansuhkan akta tersebut dan sebaliknya berpandangan bahawa ia adalah satu akta yang penting, relevan dan berfungsi dengan baik dalam tadbir urus serta tata kelola sesebuah IPT.

YB Dato' Haji Mohammad Yusof Apdal, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi mengulas demikian ketika ditanya berkenaan cadangan menggantikan AUKU dengan Akta Pendidikan Tinggi Baharu sebagaimana disarankan oleh Jawatankuasa Teknikal Mansuh AUKU 2018 di Dewan Rakyat hari ini.

Menurutnya lagi, saranan dan dapatan jawatankuasa tersebut telah diambil tindakan dan terdapat beberapa perkara yang sedang diteliti oleh KPT.

Tambah beliau, AUKU telah membuat pindaan pada tahun 2019 dengan membenarkan Mahasiswa untuk berpolitik di dalam dan luar kampus serta bertanding di dalam pilihan raya.

Menyentuh berkenaan pelan tindakan dan garis masa untuk pindaan dan penambahbaikan, KPT akan menganjurkan satu sesi libat urus bersama semua pemegang taruh pada satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak dan akan meneliti kesemua dapatan yang diperolehi nanti.

  • Last updated on .
  • Hits: 2085
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Thursday 18 April 2024, 14:41:25.