Belanjawan 2023 Beri Ruang Seluas-luasnya Kepada Kemajuan Pendidikan Tinggi Negara

Belanjawan 2023 Beri Ruang Seluas-luasnya Kepada Kemajuan Pendidikan Tinggi Negara
English translation not available for this content.

YBhg Datuk Dr Mohd Zabri Yusoff, TKSU (Pengurusan dan Pembangunan) hari ini telah menghadiri program bual bicara Selamat Pagi Malaysia RTM bagi mengupas topik bertajuk “Belanjawan 2023: Naratif Membangun Malaysia Madani Dalam Konteks Pendidikan Tinggi Negara”.

Program yang dihoskan oleh Saudara Munawar Azmi itu telah memberi peluang kepada YBhg Datuk TKSU berkongsi berkenaan perspektif Belanjawan 2023 dalam konteks KPT.

Antara intipati penting yang disentuh ialah mengenai peruntukan pembangunan KPT tahun ini yang meningkat 22.9 peratus yang akan menumpukan kepada tiga perkara utama iaitu membaik pulih infrastruktur dan menggantikan peralatan usang yang tidak lagi ekonomik di institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) melalui peruntukan berjumlah RM436 juta.

“Fokus kedua pula ialah meningkatkan kesalinghubungan internet di IPT di bawah program Malaysian Research & Education Network (MYREN) yang melibatkan peruntukan sebanyak RM35 juta.

“Seterusnya, peruntukan juga diberikan untuk memperkasakan aktiviti penyelidikan di Universiti Awam dengan menumpukan kepada penyelidikan translasional yang lebih memberikan manfaat kepada penyelesaian isu komuniti dan industri melalui peruntukan sebanyak RM50 juta,” kata beliau.

Selain daripada tiga fokus utama tersebut katanya, terdapat beberapa inisiatif lain yang berkait secara langsung dengan KPT seperti pemberian diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN selama tiga bulan sehingga 20 peratus dan permohonan penangguhan bayaran balik kepada peminjam berpendapatan bulanan RM1,800 ke bawah untuk tempoh enam bulan yang berkuat kuasa mulai 1 Mac 2023.

  • Last updated on .
  • Hits: 2861
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Wednesday 24 July 2024, 14:20:10.

sirim-logo