5 Fokus Utama, 20 Landasan Hala Tuju, Pacu Kecemerlangan KPT 2024

5 Fokus Utama, 20 Landasan Hala Tuju, Pacu Kecemerlangan KPT 2024
English translation not available for this content.

"Penyediaan Bakat Terbaik Negara; Pengukuhan Ekosistem Penyelidikan dan Inovasi; Pelaksanaan Pendekatan Baharu Program Pemindahan dan Perkongsian Ilmu; Pengantarabangsaan Pendidikan Tinggi; dan Pemantapan Ekosistem Pemboleh Daya".

Lima (5) fokus utama berikut telah diumumkan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir sebagai penekanan kepada perancangan serta strategi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengemudi tahun 2024 ini.

Bercakap kepada para hadirin dalam Majlis Landasan Hala Tuju KPT 2024 di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya pagi tadi, YB Menteri turut mengumumkan 20 landasan hasil interaksi, perbincangan, dan diskusi bersama pelbagai pihak yang telah dibangunkan bagi meningkatkan prestasi kecemerlangan pendidikan tinggi negara.

Beliau turut menyentuh berkenaan usaha KPT merangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi), PPPM(PT) yang baharu sebagai lanjutan dan kesinambungan kepada pelan 10 tahun sedia ada yang bakal tamat tahun hadapan.

Selain itu, beliau turut mengumumkan penganjuran program 'Jerayawara

Kampus MADANI' ke IPT seluruh negara yang akan dilaksanakan bagi pengurusan KPT turun padang melihat situasi sebenar di peringkat institusi sambil mendengar sendiri keluh kesah pelaksanaan dasar di peringkat akar umbi.

Akhirnya, beliau mengajak semua warga KPT bersama-sama bergandingan mengorak usaha menggemilangkan wibawa pendidikan tinggi negara dengan semangat kerja berpasukan dan prestasi kerja yang cemerlang.

Hadir sama Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud; serta Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) KPT, Mohamad Azhan Md Amir. 

  • Last updated on .
  • Hits: 6669
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 19 July 2024, 10:52:23.