Perasmian Majlis Apresiasi Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Tahun 2020

English translation not available for this content.

Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi, hari ini, hadir untuk merasmikan Majlis Apresiasi Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Tahun 2020 yang diadakan secara maya.

Majlis ini adalah bagi meraikan penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dalam kalangan pegawai perkhidmatan awam KPT yang telah mempamerkan perkhidmatan cemerlang berdasarkan prestasi tahunan pegawai.

Majlis Apresiasi KPT Tahun 2020 memfokuskan kepada penerima yang bertugas di Kementerian Pengajian Tinggi, Jabatan Pengajian Tinggi dan Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (peringkat ibu pejabat) dimana ianya melibatkan seramai 116 orang penerima.

Turut hadir Dato Mansor Haji Othman, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Mazlan Yusoff, Ketua Setiausaha KPT, Dr Mohd Zabri yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT, Dato Rosli Yaakub, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan), KPT, Prof Dato Dr. Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Ts Zainab Ahmad, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti dan Prof. Madya Dr. Yazrina binti Yahya, Timbalan Pengarah Pusat Kelestarian Kepimpinan, Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT).

  • Last updated on .
  • Hits: 6375
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 24 May 2024, 17:03:21.