MoHE - YBM KPT dan YBM KKM Mengiringi YAB Perdana Menteri Membuat Lawatan ke Hospital Pakar Kanak-Kanak (HPKK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Broadcast

Ministry's latest announcement information
  • Home
  • Broadcast
  • Activities
  • YBM KPT dan YBM KKM Mengiringi YAB Perdana Menteri Membuat Lawatan ke Hospital Pakar Kanak-Kanak (HPKK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

YBM KPT dan YBM KKM Mengiringi YAB Perdana Menteri Membuat Lawatan ke Hospital Pakar Kanak-Kanak (HPKK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

English translation not available for this content.

Hari ini, YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi dan YB Dato Sri Dr. Adham Baba, Menteri Kesihatan Malaysia telah mengiringi YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin, Perdana Menteri membuat lawatan ke Hospital Pakar Kanak-Kanak (HPKK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Lawatan ini adalah bertujuan untuk meninjau fasiliti dan kemudahan yang disediakan oleh HPKK UKM dalam mengendalikan kes pesakit COVID-19 dan juga menjadi sebuah pusat pemberian vaksin (PPV) secara pandu lalu.

Dalam keadaan seluruh dunia sedang bergelut dengan isu pandemik, ini merupakan contoh yang baik bagaimana institusi pengajian tinggi (IPT) menerima cabaran dengan mengadaptasi fungsi prasarana sedia ada seiring keperluan semasa.

Turut hadir Datuk Rosli Yaakub, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan), Prof. Dato' Dr. Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, dan Prof Dato Ts. Dr. Mohd. Ekhwan Haji Toriman, Naib Canselor, UKM.

YBM KPT dan YBM KKM Mengiringi YAB Perdana Menteri Membuat Lawatan ke Hospital Pakar Kanak-Kanak (HPKK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

  • Last updated on .
  • Hits: 1001
MoHE Logo
Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved
Last Modified: Wednesday 20 October 2021, 12:04:11.