Jelajah Program Malaysia Prihatin dan Majlis Perasmian Seminar Sinergi Belia dalam Mendepani Era IR 4.0 di Seberang Jaya, Pulau Pinang

English translation not available for this content.

YB Dato’ Dr. Mansor Haji Othman, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi hari ini meneruskan Jelajah Program Malaysia Prihatin di Seberang Jaya, Pulau Pinang bagi menjelaskan dasar-dasar dan strategi-strategi dalam menangani pandemik Covid-19.

Pada majlis sama, YB Timbalan Menteri turut menyempurnakan Majlis Perasmian Seminar Sinergi Belia dalam Mendepani Era IR 4.0, anjuran Majlis Belia Negeri Pulau Pinang.

Dalam ucapannya pada majlis tersebut, beliau menyeru kepada para belia agar terus memberikan kerjasama dalam menjayakan misi murni Kerajaan demi memastikan keselamatan dan kebajikan rakyat terjamin.

Beliau berkata, Kerajaan akan terus melaksanakan program-program yang akan membawa kemakmuran kepada negara dan rakyat.

Majlis tersebut juga menyaksikan pembentangan dua kertas kerja oleh En. Rosli Othman, Timbalan Pengarah, Bahagian Penyelarasan Penyertaan Bumiputera Pulau Pinang, Unit Penyelerasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri mengenai Inisiatif Membangunkan Kerangka Kerja & Polisi IR 4.0 - Kearah Meningkatkan Kepercayaan Golongan Belia Berteraskan Dasar Baharu dan Dr. Noorsyarida Shadan, seorang pakar perubatan keluarga mengenai Pelan Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Majlis berkenaan turut dihadiri oleh En. Lee Swee Bok, Presiden Majlis Belia Negeri Pulau Pinang.

  • Last updated on .
  • Hits: 5420
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Monday 24 June 2024, 18:57:36.