Program Malaysia Prihatin Siri 1/2021 di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

English translation not available for this content.

YB Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi, hari ini menghadiri Program Malaysia Prihatin Siri 1/2021 di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Batu Pahat, Johor.

Program tersebut merupakan salah satu usaha yang dijalankan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam memberi penerangan berkenaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang dilancarkan oleh kerajaan.

Semasa di program tersebut, YB Menteri telah memberi penerangan kepada kumpulan pendidik supaya mendaftar untuk menyertai program imunisasi serta meminta para pendidik turut bersama membantu kerajaan dengan menggalakkan lebih rakyat diluar sana turut mendaftar untuk divaksin melalui aplikasi MySejahtera.

Selain daripada MySejahtera, pendaftaran juga boleh dibuat melalui laman web khusus vaksin COVID-19. Pusat panggilan dengan nombor 1800-888-828, turut disediakan bagi mereka yang mahu mendaftar atau bertanya lanjut tentang program imunisasi ini.

Turut hadir Datuk Seri Dr Mazlan Yusoff, Ketua Setiausaha, KPT, Dr Mohd Zabri Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), KPT, Prof Dato Dr Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, En Ahmad Dasuki Abdul Majid, Ketua Eksekutif, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Prof. Dato' Dr. Mohammad Shatar Sabran, Ketua Pegawai Eksekutif, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Prof. Datuk Ts. Dr. Wahid Razzaly, Naib Canselor, UTHM.

  • Last updated on .
  • Hits: 7911
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 17 May 2024, 15:30:11.