Majlis Pelancaran Portal Rumah Siswa

English translation not available for this content.

YB Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi hari ini menyempurnakan Majlis Pelancaran Portal Rumah Siswa secara dalam talian.

Kementerian Pengajian Tinggi bersama 20 buah Universiti Awam telah mengambil langkah proaktif dengan menubuhkan Unit Pengurusan Pelajar Luar Kampus (UPLK) yang berperanan sebagai pentadbir, penasihat, khidmat kaunseling perumahan dan pemantau kepada pelaksanaan program serta aktiviti pelajar luar kampus.

Inisiatif Rumah Siswa melibatkan tiga komponen utama iaitu Pembangunan Unit Pengurusan Pelajar Luar Kampus, Pembangunan Garis Panduan Pengurusan Pelajar Luar Kampus dan Portal Rumah Siswa.

Satu garis panduan pengurusan pelajar luar kampus yang komprehensif dan Portal Rumah Siswa juga telah dibangunkan sebagai panduan kepada mahasiswa berkaitan inisiatif tersebut. Portal Rumah Siswa boleh diakses melalui pautan rumahsiswa.mohe.gov.my.

Turut hadir ketika majlis tersebut Dato' Mansor Othman, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Mazlan Yusoff, Ketua Setiausaha KPT, Dr Mohd Zabri Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT, Datuk Rosli Yaakub, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan), Prof Dato Dr Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi dan Ts Zainab Ahmad, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti.

  • Last updated on .
  • Hits: 9246
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 19 April 2024, 16:56:01.