FIM Siri 5: Glic Pemangkin Transformasi Ekonomi Negara Melalui Daya Cipta Dan Tanggungjawab Sosial

FIM Siri 5: Glic Pemangkin Transformasi Ekonomi Negara Melalui Daya Cipta Dan Tanggungjawab Sosial
English translation not available for this content.

Forum Ilmuwan Malaysia MADANI (FIM) Siri ke-5 anjuran bersama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Khazanah Nasional Berhad terus memperkukuh peranannya sebagai medan pemikiran strategik nasional dengan mengetengahkan tema “Peranan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dalam Mentransformasikan Syarikat: Mengimbangi Keuntungan dan Tanggungjawab Sosial untuk Mencetuskan Negara yang Berdaya Cipta”.

Forum yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim ini telah menghimpunkan tokoh-tokoh utama negara dalam sektor pelaburan, perladangan dan ekonomi untuk merungkai peranan GLIC dalam mentransformasikan landskap ekonomi negara.

YAB Perdana Menteri dalam rumusannya menegaskan bahawa Malaysia tidak mempunyai pilihan selain melaksanakan perubahan struktural yang berani untuk melonjakkan ekonomi negara ke tahap yang lebih mampan dan berdaya saing.

Beliau menekankan kepentingan inovasi, pembangunan bakat dan keberanian untuk gagal sebagai kunci kepada kejayaan sebuah negara berdaya cipta.

Pembentangan pertama daripada Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad, Dato’ Amirul Feisal Wan Zahir, telah menggariskan mandat strategik GLIC sebagai pemacu pembangunan negara dan pemegang amanah kepada dana pelaburan kerajaan.

Beliau menekankan kepentingan 'stakeholder capitalism' — model yang menyeimbangkan keuntungan dengan impak sosial, selain memperkenalkan konsep “A Nation That Creates” sebagai teras pembangunan jangka panjang.

Manakala Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani pula telah membawa perspektif keberkesanan GLIC dari segi pulangan pelaburan serta keperluan memperkukuh tanggungjawab sosial dalam bentuk penciptaan rantaian bekalan, pembangunan bakat dan penyertaan dalam industri strategik.

  • Last updated on .
  • Hits: 330
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Tuesday 12 August 2025, 03:42:03.

sirim-logo