Warga

Laman sehenti bagi keperluan warga Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Agensi di bawahnya mendapatkan maklumat rasmi bagi kegunaan menjalankan tugas

Warga

Muat Turun

  • Borang

    Dokumen yang perlu di muat turun, diisi dan dihantar kembali kepada pemilik dokumen

  • Hebahan

    Dokumen hebahan dan pengiklanan bermusim yang hanya sah digunakan pada masa yang telah ditetapkan

  • Manual dan Garis Panduan

    Dokumen berkaitan cara-cara penggunaan serta paduan yang perlu diikuti

  • Pekeliling

    Kandungan multimedia dalam bentuk video, audio serta grafik dan logo dalam format vector dan imej

  • Soalan Lazim

    Soalan dan jawapan lazim berkaitan isu yang menjadi pertanyaan awam yang dikeluarkan oleh kementerian

Baca selanjutnya: Muat Turun

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 17084

Warga

Aplikasi Dalaman KPT

Aplikasi berasaskan laman web yang dibangunkan secara dalaman bagi kegunaan Warga Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) serta agensi di bawahnya.

  • Sistem Daftar Diri Tunggal

    SSO KPT

    Sistem Daftar Diri Tunggal (SSO) KPT adalah log masuk bagi beberapa sistem tertentu untuk kegunaan warga KPT seperti Sistem Tempahan Bilik, Sistem Log Rekod Latihan, Sistem Pengurusan Aduan ICT, Sistem Direktor dan Sistem Aset Sewaan ICT.

  • Sistem Kehadiran Berasaskan Biometrik

    egSentrik KPT

    Sistem Kehadiran Berasaskan Biometrik menggunakan cap jari bagi mengenal pasti identiti melalui pattern-matching.

Aplikasi Kerajaan Elektronik
  • MyGovUC 2.0

    Perkhidmatan Komunikasi dan Kolaboratif Bersepadu Kerajaan

  • HRMIS 2.0

    Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia

  • DDMS 2.0

    Sistem Pengurusan Dokumen Digital

  • Sistem eP

    Sistem Perolehan Elektronik

JPICT KPT

Jawatankuasa Pemandu ICT
Kementerian Pendidikan Tinggi

Semua Jabatan/Bahagian/Agensi di bawah KPT dikehendaki mengemukakan cadangan projek ICT kepada Urus Setia JPICT KPT bagi mendapatkan kelulusan teknikal sebelum dilaksanakan. Ini bertujuan memastikan bahawa perancangan dan pelaksanaan program ICT KPT dijalankan selaras dengan dasar ICT kerajaan.

Takwim Mesyuarat JTI dan JPICT

Format Permohonan & Pelaporan Kelulusan ICT KPT
Sumber Rujukan
  • MyPPSPP

    Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

    Carian Pekeliling Perkhidmatan & Surat Pekeliling Perkhidmatan dari tahun 1970 sehingga kini

  • Pekeliling MAMPU

    Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)

    Arahan Teknologi Maklumat, Surat Arahan KSN, Garis Panduan dan lain-lain pekeliling

  • Pekeliling KPT

    Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)

    Koleksi pekeliling-pekeliling yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)

  • Manual dan Garis Panduan

    Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)

    Koleksi garis panduan rasmi yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)

Baca selanjutnya: Warga

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 31845

Sistem Immersive TelePresence KPT

Immerse TelePresence KPT Bilik

TUJUAN

Garis panduan penggunaan kemudahan TelePresence disediakan sebagai sumber rujukan kepada semua warga Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk memastikan penggunaan TelePresence menepati piawaian yang telah ditetapkan. Pematuhan dalam penggunaan kemudahan TelePresence adalah penting bagi memastikan sidang video berjalan lancar dan menepati objektifnya.

SKOP

Garis panduan ini dirangka bagi aspek permohonan dan penggunaan kemudahan TelePresence yang disediakan di Aras 16 bangunan KPT.

TELEPRESENCE

TelePresence merujuk kepada satu saluran komunikasi yang merangkumi video dan audio berdefinisi tinggi (high definition) yang menghubungkan dua (2) atau lebih lokasi secara maya bagi tujuan bermesyuarat atau perbincangan rasmi sahaja.

Sistem TelePresence berupaya untuk berkomunikasi dengan 20 lokasi secara serentak. Lokasi yang dihubungi perlu mempunyai kemudahan TelePresence yang compatible seperti Polycom, Cisco, Tandberg dan Lifesize.

PENGGUNAAN KEMUDAHAN BILIK TELEPRESENCE

Penggunaan kemudahan di bilik TelePresence adalah meliputi perkara-perkara yang berkaitan dengan pengurusan sidang video, aktiviti mesyuarat, live streaming, perkakasan TelePresence dan perkara yang berkaitan.

PERKAKASAN DI BILIK TELEPRESENCE

Perkakasan di bilik TelePresence meliputi tiga (3) 70 inci HD Display, Panoramic Camera, Content Sharing Screens, TelePresence Intelligent Control System, 10 inci PAD, Independent Acoustics, dan meja conference.

TATACARA PERMOHONAN TEMPAHAN TELEPRESENCE

  1. Pengguna hendaklah membuat permohonan rasmi ke Bahagian Pengurusan Maklumat melalui e-mel kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. sekurang-kurangnya lima (5) hari bekerja sebelum tarikh mesyuarat.

  2. Unit Rangkaian dan Keselamatan ICT (URK), Bahagian Pengurusan Maklumat akan menghubungi pengguna untuk mendapatkan maklumat pegawai perhubungan dan alamat IP (public) yang perlu dihubungi.

  3. Pengguna perlu menetapkan tarikh dan masa yang sesuai untuk sesi ujian tiga (3) hari sebelum tarikh TelePresence.

TATACARA PENGGUNAAN KEMUDAHAN BILIK TELEPRESENCE

  1. Bilik TelePresence boleh memuatkan maksima seramai 12 orang; 6 orang ahli mesyuarat di meja TelePresence dan 6 orang ahli lain di barisan belakang.

  2. Pegawai bertanggungjawab (pengguna) perlu menyediakan komputer riba dan membuat ujian teknikal terlebih dahulu.

  3. Pegawai bertanggungjawab (pengguna) perlu mendaftar sesi TelePresence di dalam buku log yang disediakan.

  4. Pengguna bertanggungjawab untuk mematuhi perkara-perkara berikut :

    1. Penggunaan bilik TelePresence hendaklah mengikut etika jabatan kerajaan;

    2. Pengguna dilarang membawa makanan dan minuman ke dalam bilik TelePresence;

    3. Pengguna dilarang merokok;

    4. Pengguna perlu memastikan keselamatan peralatan TelePresence; dan

    5. Pengguna hendaklah memastikan keadaan bilik TelePresence adalah teratur dan kemas selepas digunakan.

Sebarang pertanyaan, sila emel atau hubungi: 

                  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
                  03-88706061

 

Disediakan oleh:
Unit Rangkaian Dan Keselamatan, Bahagian Pengurusan Maklumat

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 25232

Takwim Mesyuarat JTI dan JPICT

JAWATANKUASA PEMANDU ICT KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (JPICT KPT)

LATAR BELAKANG JAWATANKUASA PEMANDU ICT (JPICT)

JPICT KPT ditubuhkan bagi menimbangkan dan meluluskan permohonan kelulusan teknikal daripada bahagian, jabatan dan agensi dibawahnya berdasarkan pelan strategik organisasi dan pelan strategik ICT agensi masing-masing bagi perolehan ICT mengikut had nilai yang telah ditetapkan.

TUJUAN - Untuk memastikan bahawa perancangan dan pelaksanaan program ICT KPT dijalankan selaras dengan dasar ICT kerajaan.

TAKWIM MESYUARAT JTI & JPICT

Tarikh Kemaskini - 28 November 2023

BIL      TARIKH TUTUP PERMOHONAN           MESYUARAT JTI           MESYUARAT JPICT     
     1/2023           29 Disember 2022 (Khamis)         31 Januari 2023 (Selasa)         13 Februari 2023 (Isnin)   
     2/2023          9 Februari 2023 (Khamis)         16 Mac 2023 (Khamis)         3 April 2023 (Isnin)   
     3/2023          27 Mac 2023 (Isnin)   
     4/2023          13 April 2023 (Khamis)         11 Mei 2023 (Khamis)         9 Jun 2023 (Jumaat)   
     5/2023          15 Jun 2023 (Khamis)      5 Julai 2023 (Rabu)        1 Ogos 2023 (Selasa)
     6/2023          26 Julai 2023 (Rabu)  
      7/2023      17 Ogos 2023 (Khamis)           16 Oktober 2023 (Isnin)        2 November 2023 (Khamis)   
     8/2023      9 November 2023 (Khamis)       5 Disember 2023 (Selasa)
9/2023      1 Disember 2023 (Jumaat)  

*Tarikh mesyuarat adalah tertakluk kepada perubahan & jumlah permohonan diterima.

Mesyuarat JPICT
Pengerusi : YBhg. Dato' Seri Abdul Razak bin Jaafar
Jawatan : Ketua Setiausaha
Tempat : Bilik Mesyuarat Ibnu Sina, Aras 17, KPT
Mesyuarat JTI
Pengerusi : YBhg. Datuk Dr. Mohd Zabri bin Yusoff
Jawatan : Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan Dan Pembangunan)
Tempat : Bilik Mesyuarat Al-Khazini 1, Aras 6, KPT

CARA PERMOHONAN KELULUSAN TEKNIKAL ICT KEMENTERIAN

Pemohon hendaklah menghantar cadangan kertas permohonan yang LENGKAP mengikut format kertas permohonan yang telah ditetapkan seperti berikut:

Muat Turun
E-mel softcopy
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Pertanyaan
03-8870 6064/ 6065/ 6067/ 6069/ 6033/ 6066
Alamat
Setiausaha Bahagian
Bahagian Pengurusan Maklumat
Kementerian Pengajian Tinggi
Aras 6, No.2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
62200 Putrajaya
(u.p: Unit Dasar ICT)

PEKELILING & GARIS PANDUAN

Semua permohonan bagi melaksanakan projek ICT juga perlu terlebih dahulu merujuk kepada:

  1. pdf Surat Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2015 - Garis Panduan Permohonan Kelulusan Teknikal dan Pemantauan Projek Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Agensi Sektor Awam (570 KB)
  2. pdf Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2013 - Garis Panduan Mengenai Pengurusan Perolehan Information Telecomunication Technology (ICT) Kerajaan (1.22 MB)
  3. pdf Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 1 Tahun 2021 - Dasar Perkhidmatan Pengkomputeran Awan Sektor Awam (4.84 MB)
  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 68859
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 08 Disember 2023, 17:12:30.