• Utama
  • Media
  • Kenyataan Media
  • Pelanjutan Tarikh Tutup Permohonan Upuonline Kemasukan Ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam Dan Institusi Latihan Kemahiran Awam Bagi Sesi Akademik 2021/2022

Pelanjutan Tarikh Tutup Permohonan Upuonline Kemasukan Ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam Dan Institusi Latihan Kemahiran Awam Bagi Sesi Akademik 2021/2022

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah bersetuju untuk melanjutkan tarikh tutup permohonan UPUOnline bagi kemasukan ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) sesi akademik 2021/2022 sehingga 7 April 2021 jam 5.00 petang.

Keputusan ini diambil kerana kementerian prihatin akan kekangan masa yang dihadapi oleh pemohon berikutan anjakan masa jadual peperiksaan bagi lepasan SPM dan STPM/ Setaraf.

Sehubungan itu, permohonan kemasukan ke IPTA dan ILKA sesi akademik 2021/2022 boleh dibuat terus oleh pemohon di laman sesawang upu.mohe.gov.my sehingga tarikh tutup yang telah ditetapkan.

KPT berharap keputusan ini dapat memberikan kelonggaran masa dan memudahkan urusan pemohon untuk  melanjutkan pengajian.

DATUK SERI DR. NORAINI AHMAD

Menteri Pengajian Tinggi

31 Mac 2021

 

Cetak Emel