Pengecualian Bayaran Proses Upuonline Bagi Sesi Akademik 2021/2022

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah bersetuju untuk menanggung sepenuhnya bayaran proses UPUOnline/UNIK ID kepada semua pemohon bagi sesi akademik 2021/2022.

Untuk makluman, bayaran proses UPUOnline sebelum ini dikenakan kepada pemohon untuk mendapatkan No. Unik ID Bank Simpanan Nasional sebagai syarat untuk mengisi borang permohonan bagi melanjutkan pengajian ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA).

Justeru,  melalui pengecualian ini, permohonan kemasukan ke IPTA dan ILKA bagi sesi akademik 2021/2022 boleh dibuat terus oleh pemohon di laman sesawang upu.mohe.gov.my seperti butiran berikut :

Kategori Pemohon

Tempoh Permohonan

Pilihan Program Pengajian

Lepasan SPM

4 Januari hingga 31 Mac

21 Mac – 31 Mac

Lepasan STPM/ Asasi/ STAM

16 Mac hingga 31 Mac

Lepasan Matrikulasi

23 Mac hingga 31 Mac

Lepasan Diploma/Setaraf

9 Mac hingga 31 Mac

KPT berharap keputusan ini dapat meringankan beban para pelajar dan melancarkan urusan mereka untuk melanjutkan pengajian seterusnya menjamin masa depan yang lebih cerah.

 

DATUK SERI DR. NORAINI AHMAD

Menteri Pengajian Tinggi

8 Mac 2021

 

Cetak Emel