Ketua Pegawai Maklumat (CIO)

TKSUP 
 
1)     PENGENALAN
 
Surat Arahan Ketua Setiausaha Negara bertarikh 22 Mac 2000: Penamaan Ketua Pegawai Maklumat Sektor Awam menyatakan bahawa “Agensi Sektor Awam perlu menamakan seorang Ketua Pegawai Maklumat (Chief Information Officer - CIO) di kalangan pengurusan atasan”.
Mesyuarat Jawatankuasa IT dan Internet Kerajaan (JITIK) Bil. 1/2009 yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara pada 18 Mac 2009 telah menetapkan bahawa “MAMPU bertindak sebagai Pejabat CIO Sektor Awam dan menyediakan bidang rujukan CIO Sektor Awam”.

2)     PERANAN UTAMA CIO 

  • Peneraju perubahan melalui penjajaran Pelan Strategik ICT Kementerian yang mengandungi perancangan ICT dalam menyokong pencapaian maklumat agensi, keperluan Pelan Pembangunan Nasional, Pelan Strategik Agensi dan ISP Sektor Awam;
  • Memperkemaskan dan menyeragamkan proses-proses yang cross functional antara jabatan/agensi bagi menghasilkan perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan;
  • Membangun, mengendali dan mengurus sistem dan infrastruktur ICT yang utuh dan selamat berdasarkan kepada ciri modular, connectivity, interoperability dan portability;
  • Menentu hal tuju sistem plikasi agensi bagi mengurangkan masa dan kos pembangunan, penyelenggaraan dan pengoperasian;
  • Memelihara integriti data elektronik, menggalak perkongsian maklumat dan menyediakan kaedah bagi penyebaran maklumat secara elektronik kepada pengguna-pengguna yang sah sama ada dalam atau luar agensi;
  • Menerima pakai dan melaksanakan penggunaan IT dalam sistem penyampaian perkhidmatan Whole-of-Government serta bertindak sebagai agen dan perintis perubahan (champion of change);
  • Melaksana Inovasi melalui Aplikasi, Infrastruktur dan Keselamatan ICT;
  • Melaksana Penggunaan Dasar, Standard dan Amalan Terbaik ICT; dan
  • Memimpin dan melibatkan agensi dalam usaha-usaha kerajaan untuk membangun dan melaksanakan projek IT sektor awam yang membawa perubahan dalam pengurusan dan pentadbiran Perkhidmatan Awam.

 

3)     KEANGGOTAAAN MAJLIS CIO KPT

Tarikh kemaskini: 14 April 2021.

BIL.

AGENSI

NAMA CIO

1.      

Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti (JPPKK)

YBrs.  Dr. Zubaidah binti Aman

Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan)

2.      

Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

YBrs. Puan Normahizan binti Yaacob       
Timbalan Ketua Pengarah Eksekutif (Pengurusan)

3.      

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

YBrs. Encik Azhar bin Ahmad

Ketua Pegawai Kewangan

4.      

Universiti Malaya (UM)

YBhg. Prof. Ir. Dr. Abdul Aziz bin Abdul Raman

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar)

5.      

Universiti Sains Malaysia (USM)

YBhg. Prof. Dr. Md Roslan bin Hashim

Ketua Pegawai Maklumat

6.      

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

YBhg. Prof. Dr. Mohd Juzaiddin Ab Aziz

Pengarah ICT Merangkap CIO

7.      

Universiti Putra Malaysia (UPM)

YBhg. Prof. Ts. Dr. M. Iqbal Saripan

Ketua Pegawai Maklumat

8.      

Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

YBhg. Prof. Madya Dr. Mohd Shahizan bin Othman

Pengarah ICT Merangkap CIO

9.      

Universiti Teknologi MARA (UiTM)

YBhg. Prof. Ts Dr. Mohd Fozi Ali

Timbalan Naib Canselor (Pembangunan)

10.   

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

YBhg. Prof. Dato'  Dr. Norbik Bashah bin Idris

Ketua Pegawai Maklumat

11.   

Universiti Utara Malaysia (UUM)

YBhg. Prof. Dr. Abdul Malek Abdul Karim

Pengarah ICT Merangkap CIO

12.   

Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

YBhg. Prof. Dr. Wan Hashim bin Wan Ibrahim

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)

13.   

Universiti Malaysia Sabah (UMS)

YBhg. Prof. Madya Dr. Ag. Asri Ag. Ibrahim

Pengarah ICT

14.   

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

YBrs. Puan Norazizah binti Othman
Pengarah ICT Merangkap CIO

15.   

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

YBhg. Prof. Madya Ts. Dr. Madihah Mohd Saudi

Ketua Pegawai Maklumat

16.   

Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

YBhg. Prof. Ts. Dr. Muhammad Suzuri bin Hitam

Ketua Pegawai Maklumat

17.   

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

YBhg. Prof. Madya Dr. Mohd Farhan bin Md. Fudzee

Pengarah ICT Merangkap CIO

18.   

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

YBrs. Encik Mohd Isa bin Mohd Dom
Ketua Pegawai Maklumat

19.   

Universiti Malaysia Pahang (UMP)

YBhg. Prof. Madya Dr. Mohamed Ariff bin Ameedeen

Pengarah ICT Merangkap CIO

20.   

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

YBhg. Prof. Ir. Dr. Anuar bin Mat Safar

Ketua Pegawai Digital (CDO)

21.   

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

YBhg. Prof. Dato’ Dr. Hassan Basri bin Awang Mat Dahan
Naib Canselor

22.   

Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

YBhg. Prof. Ts. Dr. Arham bin Abdullah

Ketua Pegawai Maklumat

23.   

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

YBrs. Dr. Mohd Rizal bin Mohd Isa

Ketua Pegawai Maklumat Pengarah ICT

 

4)     PEKELILING & GARIS PANDUAN

Buku panduan ini bertujuan untuk membantu CIO di sektor awam memahami peranan dan tanggungjawab sebagai pelaksana, penyelaras dan peneraju perubahan. Buku panduan ini meliputi urus tadbir CIO dan toolkit dalam bidang Pengurusan Maklumat, Dasar ICT dan Perundangan. Kandungan panduan ini hendaklah difahami oleh semua CIO dan seterusnya dimanfaatkan dalam melaksanakan peranan di agensi masing-masing.

 

5)     PENDAFTARAN & PENGEMAKINIAN MAKLUMAT CIO

 

Borang Maklumat CIO Agensi boleh dimuat turun bagi tujuan pendaftaran dan pengemaskinian maklumat CIO agensi masing-masing.

Muat Turun

 : 

  Borang Maklumat CIO KPT  

E-mel 

 : 

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Pertanyaan

 : 

03 - 8870 6064/6067/6069

Alamat

 : 

Setiausaha Bahagian

Bahagian Pengurusan Maklumat

Kementerian Pengajian Tinggi

Aras 6, No.2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5

62200 Putrajaya

(u.p: Unit Dasar ICT - CIO)

 


 

 

 

 

Cetak Emel