Carian

MBJ

MBJ

Majlis Bersama Jabatan

English translation not available for this content.

KAMI MENGHARGAI MAKLUMBALAS ANDA

MENGENAI MBJ

Majlis Bersama Jabatan (MBJ) ialah sebuah medium dua hala, di mana dua pihak pekerja diberi saluran untuk berkomunikasi dengan pihak pengurusan dalam menyuarakan pendapat, pandangan dan serta menyumbangkan idea-idea yang bernas demi kepentingan dan kebaikan organisasi.

Penubuhan MBJ

Semua agensi Kerajaan yang mengendalikan secara langsung urusan pentadbiran, pengurusan sumber manusia dan hal ehwal kewangan serta mempunyai kuasa untuk menimbang dan membuat keputusan ke atas perkara-perkara tersebut adalah dikehendaki menubuhkan MBJ. Bagi tujuan penubuhan MBJ, satu draf perlembagaan yang telah dipersetujui oleh Pihak Pengurusan dan Pihak Pekerja perlu digubal terlebih dahulu dan hendaklah dikemukakan kepada JPA untuk kelulusan.

Topik Perbincangan

Perkara yang boleh dibincang adalah meliputi semua perkara yang berkaitan dengan keadaan bekerja kecuali yang menyentuh dasar kerajaan atau hal-hal peribadi. Walau bagaimanapun, isu berkaitan dasar boleh dibincangkan dengan tujuan menerangkan pelaksanaanya sahaja. Antara perkara-perkara yang boleh dibincangkan di dalam forum meliputi isu elaun dan kemudahan; kewangan; perkhidmatan; skim perkhidmatan dan perjawatan; kebajikan; pentadbiran; dan hal-hal lain.

Bidang dan Fungsi MBJ

Skop, bidang dan fungsi MBJ lebih menitikberatkan kepada kepentingan pekerja-pekerja dalam sesebuah organisasi. Di samping bertujuan untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh pihak pekerja, ia juga boleh dijadikan sebagai satu forum perbincangan di antara pihak pengurusan dan pekerja. MBJ yang aktif secara tidak langsung akan dapat menyemai semangat bekerja di kalangan pekerja untuk berkhidmat dengan lebih dedikasi dan produktif.

Faedah MBJ

Di antara faedah yang boleh didapati daripada mesyuarat MBJ ialah dapat mewujudkan hubungan dan sikap yang positif antara pihak pengurusan dan pihak pekerja, kepuasan hati, peningkatan daya pengeluaran, peningkatan kualiti kerja, penjimatan kos, kemajuan pekerja, sikap hormat menghormati, penyelesaian masalah, kesetiaan kepada organisasi, dan perpaduan.

Read more: Majlis Bersama Jabatan

  • Last updated on .
  • Hits: 5873
Multi Language [MY] [EN]

MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Wednesday 21 February 2024, 15:56:07.