Biasiswa
-
Pasca Kedoktoran (Post Doctoral)
Penajaan kepada pensyarah yang telah disahkan jawatan dan berkhidmat sekurang-kurangnya satu (1) tahun selepas dianugerahkan Ph.D dan dan tidak pernah mengikuti pengajian peringkat Pasca Kedoktoran. Program ini adalah bertujuan untuk menyokong pelaksanaan rancangan latihan sedia ada Universiti Awam. -
Sub Kepakaran
Penajaan kepada pensyarah yang telah disahkan jawatan dan berkhidmat sekurang-kurangnya satu (1) tahun selepas dianugerahkan Sarjana Kepakaran dan tidak pernah mengikuti pengajian peringkat Sub-Kepakaran. Program ini adalah bertujuan untuk menyokong pelaksanaan rancangan latihan sedia ada Universiti Awam.
-
Skim Latihan Akademik Bumiputera (SLAB)
Penajaan kepada tenaga pengajar akademik Bumiputera bagi melanjutkan pengajian PhD atau setaraf secara sepenuh masa di universiti dalam atau luar negara. Program ini adalah bertujuan untuk meningkatkan mutu pendidikan di UA melalui pewujudan tenaga pengajar yang berpendidikan tinggi.
-
Skim Latihan Akademik IPTA (SLAI)
Penajaan kepada tenaga pengajar akademik warganegara Malaysia bagi melanjutkan pengajian PhD atau setaraf secara sepenuh masa di universiti dalam atau luar negara. Program ini adalah bertujuan untuk meningkatkan mutu pendidikan di Universiti Awam melalui pewujudan tenaga pengajar yang berpendidikan tinggi.
-
Hadiah Latihan Persekutuan PPPT
Penajaan kepada Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional di dalam skim perkhidmatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Skim DH di Politeknik, Kolej Komuniti dan KPT sahaja bagi melanjutkan pengajian peringkat Sarjana dan Ph.D secara sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam. Program ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kualiti tenaga pengajar Politeknik dan Kolej Komuniti.
-
Hadiah Latihan Persekutuan Staf Bukan Akademik
Penajaan kepada pegawai-pegawai bukan akademik di UA Gred 41 dan ke atas bagi melanjutkan pengajian peringkat Sarjana dan Ph.D secara sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam. Program ini selaras dengan hasrat KPT untuk meningkatkan tahap profesionalisme pentadbir di UA.
-
MyBrain 2.0
Program ini dibuka kepada orang awam tidak bekerja atau tidak
berpendapatan tetap dan pensyarah-pensyarah Institusi Pendidikan
Tinggi Swasta terpilih untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah
Sarjana dan Ijazah Kedoktoran -
MyBrain15 (MyMaster, MyPhD & MyPhD Industri)
*Penawaran terakhir pada tahun 2016
-
MyBrainScience
Penajaan kepada orang awam di peringkat ijazah pertama dan pasca ijazah dalam bidang sains tulen (matematik, fizik, kimia dan biologi) di dalam negara dan universiti terkemuka luar negara atau bertaraf ivy league. Program ini dilaksanakan bagi menghasilkan saintis-saintis muda berjiwa besar dan menghasilkan cendikiawan bertaraf dunia / Nobel Laureate.
-
YBM Pengajian Tinggi – Atlet Cemerlang IPT
Penajaan kepada atlet yang bergiat aktif dan cemerlang dalam sukan yang diiktiraf KPT/Majlis Sukan Negara (MSN) serta mempunyai potensi akademik yang baik untuk meneruskan pengajian di IPT. Program ini dilaksanakan bagi tujuan menggilap kecemerlangan atlet negara serta atlet pelapis yang berprestasi tinggi di IPT dan untuk memastikan atlet yang sedang mengikuti pengajian di IPT dapat meneruskan kecemerlangan di dalam bidang sukan dan akademik
-
YBM Pengajian Tinggi - Anugerah Tokoh Siswa
Penajaan kepada pelajar yang menerima Anugerah Tokoh Siswa sebagai satu (1) galakan untuk meneruskan pengajian ke peringkat Sarjana. Program ini bertujuan untuk meningkatkan akses kepada penerima Anugerah Tokoh Siswa untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dan menyediakan pelapis pemimpin pada masa hadapan.
-
YBM Pengajian Tinggi - Pelajar Cemerlang Politeknik
Penajaan kepada pelajar Politeknik lulusan terbaik keseluruhan setiap sesi pengajian yang bergiat aktif dalam bidang kokurikulum. Program ini bertujuan menggalakkan lebih ramai pelajar cemerlang lepasan diploma dari Politeknik yang ditawarkan bagi melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di UA atau Politeknik dalam bidang TVET.
-
Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK)
Bantuan Kewangan kepada pelajar yang mengikuti program di Kolej Komuniti bagi menyambung pengajian di peringkat sijil. Program ini bertujuan untuk membantu pelajar dari keluarga yang berpendapatan rendah melanjutkan pengajian di peringkat separa profesional yang akan dapat meningkatkan kemahiran hidup mereka dan membantu memperbaiki tahap sosio-ekonomi mereka dan keluarga.
-
Bantuan Kewangan Asasi (BKA)
Penajaan kepada pelajar-pelajar yang mengikuti program Asasi di Universiti Awam dan 5 Politeknik yang terpilih. Pembiayaan bantuan kewangan ini adalah untuk pelajar golongan sasaran B40 dan M40.
---> Program Bantuan Kewangan Asasi UA
---> Program Bantuan Kewangan Asasi TVET
---> Semak Keputusan
-
Bantuan Kewangan OKU (BKOKU)
Bantuan Kewangan kepada OKU yang berdaftar dengan JKM dan mempunyai kad OKU serta berkebolehan / berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi. Program ini bertujuan untuk meningkatkan dan memperluaskan peluang pembelajaran sepanjang hayat kepada golongan OKU yang melanjutkan pengajian di UA, IPTS, Kolej Komuniti dan Politeknik di bawah seliaan KPT.
-
Program Pendidikan Khas (PPK)
Bantuan kewangan kepada pelajar kelainan upaya yang mengikuti Program Kemahiran Khas secara sepenuh masa sahaja di Politeknik dan Kolej Komuniti terpilih sahaja. Pelajar kelainan upaya tersebut merupakan pelajar yang berdaftar di bawah JKM dan mempunyai kad pendaftaran OKU (OKU dalam kategori DE/DD iaitu pendengaran sahaja). Bantuan kewangan ini tidak mengambil kira taraf pendapatan keluarga sebagai syarat kelayakan.
-
Malaysia International Scholarship (MIS)
Penajaan kepada pelajar antarabangsa yang cemerlang di peringkat akademik dan juga ko-kurikulum. Program ini merupakan inisiatif Kerajaan bagi menarik pelajar dari seluruh negara di dunia bagi melanjutkan pengajian di peringkat pascasiswazah di Malaysia.
-
PELAWAAN BIASISWA NON-ALIGNMENT MOVEMENT (NAM) SCHOLARSHIP 2023 DI UNIVERSITAS GADJAH MADA, INDONESIA YANG SEDANG DIBUKA
-
TAWARAN BIASISWA THE BELT AND ROAD SCHOLARSHIP 2024/2025
-
TAWARAN BIASISWA STUDY IN IRAQ
-
THE “SILK ROAD” INTERNATIONAL UNIVERSITY OF TOURISM AND CULTURAL HERITAGE SAMARKAND, UZBEKISTAN
Tabung Pinjaman Pelajaran (TPP) Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
Kumpulan Wang Amanah Tabung Pusingan Pinjaman Pelajaran Persekutuan
Tuntutan Ganti Rugi Pecah Kontrak
Kumpulan Wang Amanah Tabung Pusingan Pinjaman Pelajaran Persekutuan
- Last updated on .
- Hits: 129994