English translation not available for this content.
logo kpt black

TEKS UCAPAN

YBHG. DATO' DR. HAJI MEGAT SANY BIN MEGAT AHMAD SUPIAN
TIMBALAN KETUA SETIAUSHA (DASAR)

SESI PENYERAHAN FUNGSI SEKRETARIAT MTVET DARI KPT/JPPKK KE KSM/JPK

12 JANUARI 2023


  1. Bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia serta inyahNya dapat kita berkumpul bersama-sama dengan para tetamu dari Kementerian Sumber Manusia bagi menyempurnakan majlis ringkas penyerahan fungsi Sekretariat Majlis TVET Negara. Terima kasih diucapkan kepada delegasi KSM yang sudi hadir dalam majlis ini.
  1. Sebagaimana YBhg. Datuk dan para hadirin sedia maklum, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 7hb Disember 2022 telah memutuskan bahawa fungsi Sekretariat Majlis Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Negara (MTVET) dipindahkan dari Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) ke Kementerian Sumber Manusia (KSM). Sehubungan itu, majlis penyerahan fungsi secara rasmi ini diadakan bagi menyerahkan dokumen berikut :
    1. Surat Penyerahan dan Akuan Terima Nota Serah Tugas
    2. Fungsi Tugas dan Kedudukan Terakhir Tugas-Tugas yang Belum Selesai Sehingga 31 Disember 2022
    3. Fail Mesyuarat Majlis TVET Negara, Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif dan Mesyuarat Kumpulan Fokus
    4. Fail Kumpulan Fokus: Governan, Industri, Pembiayaan, Kualiti dan Penjenamaan
    5. Dokumen Surat-Menyurat
    6. Fail Kertas Pertimbangan
  1. Terdapat pelbagai perancangan serta inisiatif Majlis TVET Negara yang telah ditelah dilaksanakan, sedang dilaksanakan dan yang bakal dilaksanakan ketika Sekretariat MTVET ini dibawah kawal selia KPT. Sehubungan itu, saya bagi pihak KPT, berharap, segala perancangan serta initiatif yang telah disenaraikan seperti dalam dokumen penyerahan serah tugas, tidak terhenti di situ sahaja, bahkan dapat diteruskan dengan penambahbaikan yang bakal dilaksanakan oleh KSM demi memperkasakan agenda pendidikan TVET
  1. Untuk makluman pihak KSM dan hadirin sekalian, KPT akan sentiasa memberikan sokongan sepenuhnya ke atas apa jua usaha bagi memartabatkan pendidikan TVET ini tanpa mengira kementerian mana yang menjadi penerajuinya demi masa hadapan generasi akan Kerjasama semua pihak terutamanya KPT dan KSM amat penting bagi untuk memastikan agenda pemerkasaan TVET dapat dilaksanakan selari dengan keperluan zaman ini.
  1. Bak kata pepatah lama, ‘bulat air kerana pembetong, bulat manusia kerana muafakat’ . Ia menunjukkan kesepakatan dan keakraban yang terbentuk antara individu atau organisasi dalam satu pasukan akan membuahkan hasil yang membanggakan. Kerjasama yang wujud dalam kalangan ahli pasukan sama ada dalam kehidupan atau organisasi walaupun hakikatnya kita dari organisasi yang berbeza pada dasarnya tetapi matlamat kita adalah sama. Oleh itu, muafakat memang tidak dinafikan penting bagi memastikan kejayaan pencapaian matlamat tersebut. Kekuatan Sekretariat MTVET bergantung kepada kekuatan pasukan kita semua yang mendokongi antara satu sama lain demi menjayakan aspirasi national agenda pemerkasaan TVET negara .

Sekian , Terima Kasih.

Muat Turun:

pdf Nota Percakapan TKSUD Sesi Penyerahan Fungsi MTVET.pdf (113 KB)

  • Last updated on .
  • Hits: 5588
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Tuesday 18 June 2024, 16:17:02.