English translation not available for this content.
logo kpt black

TEKS UCAPAN

YB. DATO’ SERI MOHAMED KHALED NORDIN
MENTERI PENDIDIKAN TINGGI

PROGRAM SEMARAK KOMUNITI KOTA TINGGI

 28 MEI 2023


Para guru, pelajar dan hadirin yang dihormati sekalian.

  1. Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama memperbanyak pujian dan rasa syukur ke hadrat Allah SWT.
  1. Pada hari yang baik ini kita berkesempatan untuk berkumpul di Kota Tinggi untuk sama-sama menjayakan satu lagi program yang disusun khusus untuk masyarakat di sini.
  1. Saya ingin terlebih dahulu merakamkan setinggi penghargaan dan tahniah atas inisiatif oleh Universiti Malaysia Terengganu (UMT) untuk menganjurkan program berimpak kepada masyarakat di Kota Tinggi khususnya kawasan Sedili.
  1. Bagi pihak Kementerian, dan selaku wakil rakyat Kota Tinggi, saya mengalu-alukan kehadiran semua pihak terutamanya masyarakat setempat di sini.
  1. Alhamdulillah, program ini turut mendapat sokongan dan kerjasama daripada pelbagai agensi kerajaan tempatan dan industri yang bersama-sama menggembleng tenaga bersama UMT.
  1. Perkara ini menunjukkan betapa pentingnya semua pihak bekerjasama dalam apa- apa sahaja usaha menambah baik masyarakat.
  1. Setiap satu dari kita mesti memainkan peranannya. Ini kerana, setiap daripada kita mempunyai kekuatan dan kelebihan tersendiri.
  1. Pihak Kementerian atau Kerajaan tidak akan boleh bergerak sendirian dalam menambah baik kehidupan masyarakat. Semua pihak mesti dilibatkan.
  1. Apatah lagi proses menambah baik masyarakat bukanlah satu proses yang Ia melibat banyak perkara.
  1. penerokaan teknologi, mewujudkan kajian yang membawa penyelesaian masalah serta menyusun program mencungkil bakat anak-anak tempatan.
  1. Kesemua ini mesti digerakkan secara Barulah kita akan benar-benar melihat hasilnya.
  1. Jadi, atas sebab itulah dalam program Semarak Kota Tinggi ini, semua pihak yang terlibat akan memberikan sumbangan dan perkongsian mengikut kepakaran dan kemahiran masing-masing.
  1. Sasaran kita adalah untuk membantu menyelesaikan sebanyak munvkin isu Khususnya isu-isu yang melibatkan masyarakat pelbagai peringkat sama ada B40, kumpulan nelayan, ibu tunggal, anak-anak pelajar dan lain-lain.
  1. Yang pasti, kita ini tonjolkan kepada semua bahawa peranan universiti bukan hanya memberikan pendidikan semata-mata. Tetapi juga membuka ruang dan peluang untuk mengubah nasib dan sosioekonomi masyarakat.
  1. Sebab itu, apabila saya kembali ke Kementerian Pendidikan Tinggi, saya sentiasa menegaskan kepada kepimpinan universiti, untuk memberikan perhatian terhadap sumbangan universiti kepada masyarakat.
  1. Kita mahu universiti turun dan mendekati orang Melihat masalah orang awam. Dan membantu menyelesaikannya.
  1. Segala ilmu yang ada pada universiti mesti digunakan untuk memberi manfaat kepada masyarakat. Hanya dengan cara itu, peranan universiti akan menjadi lebih Dan dengan sumbangan yang berterusan itu juga, universiti akan lebih dihormati dan dipandang tinggi.
  1. Dalam perbincangan saya dengan pihak Universiti Malaysia Terengganu, ia berkisar tentang hanya satu Iaitu, apakah penambahbaikan yang UMT boleh tawarkan kepada masyarakat di sini?
  1. Bertitik tolak daripada perbincangan tersebut, UMT telah bersetuju untuk berkongsi beberapa perkara.
  1. Antaranya, saya difahamkan yang pihak UMT telah meneroka peluang kolaboratif bagi mempromosikan makanan rumusan kegunaan haiwan akuatik.
  1. Ia adalah satu formula makanan haiwan akuatik yang berasaskan sumber protein alternatif yang dikenali sebagai “Black Soldier Fly” (BSF) atau “larva lalat askar hitam”.
  1. Dan peluang usaha sama ini adalah salah satu usaha menjayakan Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara.
  1. Selain itu, UMT turut mensasarkan BSF sebagai makanan alternatif kepada haiwan ternakan lain seperti ayam, itik, kambing, arnab dan Ini berikutan kajian pakar yang mendapati terdapat kandungan khasiat yang tinggi dan berkualiti untuk keperluan seharian.
  1. Jika dijayakan dengan baik dan terancang, insya-Allah kita akan dapat membantu mengurangkan kebergantungan negara terhadap sumber-sumber luar yang semakin mahal dan membebankan.
  1. Bertepatan dengan bidang tujahan UMT, pihak universiti akan turut membantu masyarakat terutamanya nelayan melalui projek-projek yang dilaksanakan seperti belangkas, ketam nipah, artemia, teknologi penangkapan ikan dan pembiakan batu karang.
  1. Sebagai sebuah kawasan yang terkenal dengan aktiviti perikanan, sebarang usaha membantu Sedili melalui program yang berteraskan hasil laut sudah tentu akan memberi manfaat besar kepada masyarakat di sini.
  1. Bukan itu sahaja. Akan ada banyak pembentangan dan perkongsian yang akan dilakukan oleh pihak UMT berkaitan potensi aktiviti ekonomi yang bersesuaian dengan Kota Tinggi dan Sedeli.
  1. Jadi, kepada semua masyarakat di sini, ambillah peluang ini.
  1. Bertanyalah sebanyak mungkin kepada wakil-wakil universiti yang hadir. Apa yang boleh dilakukan, apa yang boleh ditambah baik. Saya percaya mereka sedia membantu memberi pandangan dan tunjuk ajar.
  1. Dan kepada pihak UMT, saya harap dapat dikongsikan segala kemahiran yang ada pada kalian. Dengan cara yang praktikal, lestari dan berupaya memberi perubahan kepada masyarakat di sini.

Hadirin sekalian,

  1. Saya harap program pada hari ini akan menjadi satu permulaan yang baik untuk Dan saya ingin menyeru kepada UMT, malah kepada semua institusi pendidikan tinggi yang lain. Datanglah dan santunilah masyarakat di Kota Tinggi.
  1. Kota Tinggi mengalu-alukan semua IPT dan semua pihak untuk bertandang ke sini.
  1. Datang dan bawalah segala ilmu, kepakaran, teknologi dan pengalaman yang ada untuk dikongsikan dengan masyarakat di sini.
  1. Masih banyak aspek yang perlu ditambah baik. Masih banyak potensi yang ada yang belum dicungkil dan dilonjakkan.
  1. Harapan saya, masyarakat setempat di sini tidak hanya melihat universiti sebagai pusat pengajian yang melahirkan mahasiswa semata-mata.
  1. Sebaliknya, kehadiran universiti ini mampu memberi nilai tambah kepada masyarakat melalui hasil produk penyelidikan dan kepakaran universiti untuk mengangkat sosioekonomi masyarakat dengan lebih jauh dan bermakna.
  1. Akhir kata, dengan penuh takzim dan lafaz mulia Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan ini menyempurnakan Majlis Perasmian Program Semarak Komuniti Kota Tinggi.

Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih.

Muat Turun:

pdf Teks Ucapan YBM KPT Program Semarak Komuniti Kota Tinggi.pdf (158 KB)

  • Last updated on .
  • Hits: 5733
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Monday 27 May 2024, 18:16:03.