Biasiswa Kementerian Pelancongan dan Warisan Budaya, Republik Uzbekistan Tahun 2023

English translation not available for this content.

Dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mempelawa warganegara Malaysia yang berminat untuk memohon kemudahan Program Biasiswa Kementerian Pelancongan dan Warisan Budaya, Republik Uzbekistan Tahun 2023 bagi mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana di Republik Uzbekistan. Program pengajian yang ditawarkan adalah Pelancongan, Logistik dalam Pelancongan, Pengajian Muzium, Pengurusan Warisan Budaya, Industri Kreatif dan Arkeologi.

Calon yang berjaya akan menikmati kemudahan yuran pengajian, elaun sara hidup, elaun penginapan, elaun lawatan ke bandar purba di Uzbekistan dan tiket penerbangan dua hala. Tarikh tutup permohonan secara dalam talian adalah pada 20 Januari 2023 bagi semester musim bunga dan 1 Julai 2023 bagi semester musim luruh.  

Butiran lanjut boleh didapati di laman sesawang uzbekembassy.com.my dan permohonan secara dalam talian di laman sesawang
admissions.univ-silkroad.uz/

2022 12 14 UZBEKISTAN POSTER

  • Last updated on .
  • Hits: 3190
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 14 June 2024, 19:20:56.