Sukacita dimaklumkan bahawa tawaran biasiswa Turkiye Scholarships 2025 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang berminat untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Ijazah Falsafah Kedoktoran.
2. Pelawaan ini dibuka kepada semua warganegara Malaysia berdasarkan kelayakan yang ditetapkan. Tarikh tutup permohonan adalah pada 20 Februari 2025. Maklumat lanjut berhubung biasiswa ini boleh dirujuk di pautan https://www.turkiyeburslari.gov.tr.
Penajaan kepada pensyarah yang telah disahkan jawatan dan berkhidmat sekurang-kurangnya satu (1) tahun selepas dianugerahkan Ph.D dan dan tidak pernah mengikuti pengajian peringkat Pasca Kedoktoran. Program ini adalah bertujuan untuk menyokong pelaksanaan rancangan latihan sedia ada Universiti Awam.
Penajaan kepada pensyarah yang telah disahkan jawatan dan berkhidmat sekurang-kurangnya satu (1) tahun selepas dianugerahkan Sarjana Kepakaran dan tidak pernah mengikuti pengajian peringkat Sub-Kepakaran. Program ini adalah bertujuan untuk menyokong pelaksanaan rancangan latihan sedia ada Universiti Awam.
Penajaan kepada tenaga pengajar akademik Bumiputera bagi melanjutkan pengajian PhD atau setaraf secara sepenuh masa di universiti dalam atau luar negara. Program ini adalah bertujuan untuk meningkatkan mutu pendidikan di UA melalui pewujudan tenaga pengajar yang berpendidikan tinggi.
Penajaan kepada tenaga pengajar akademik warganegara Malaysia bagi melanjutkan pengajian PhD atau setaraf secara sepenuh masa di universiti dalam atau luar negara. Program ini adalah bertujuan untuk meningkatkan mutu pendidikan di Universiti Awam melalui pewujudan tenaga pengajar yang berpendidikan tinggi.
Penajaan kepada Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional di dalam skim perkhidmatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Skim DH di Politeknik, Kolej Komuniti dan KPT sahaja bagi melanjutkan pengajian peringkat Sarjana dan Ph.D secara sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam. Program ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kualiti tenaga pengajar Politeknik dan Kolej Komuniti.
Penajaan kepada pegawai-pegawai bukan akademik di UA Gred 41 dan ke atas bagi melanjutkan pengajian peringkat Sarjana dan Ph.D secara sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam. Program ini selaras dengan hasrat KPT untuk meningkatkan tahap profesionalisme pentadbir di UA.
Program ini dibuka kepada orang awam tidak bekerja atau tidak berpendapatan tetap dan pensyarah-pensyarah Institusi Pendidikan Tinggi Swasta terpilih untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran
Penajaan kepada orang awam di peringkat ijazah pertama dan pasca ijazah dalam bidang sains tulen (matematik, fizik, kimia dan biologi) di dalam negara dan universiti terkemuka luar negara atau bertaraf ivy league. Program ini dilaksanakan bagi menghasilkan saintis-saintis muda berjiwa besar dan menghasilkan cendikiawan bertaraf dunia / Nobel Laureate.
Penajaan kepada atlet yang bergiat aktif dan cemerlang dalam sukan yang diiktiraf KPT/Majlis Sukan Negara (MSN) serta mempunyai potensi akademik yang baik untuk meneruskan pengajian di IPT. Program ini dilaksanakan bagi tujuan menggilap kecemerlangan atlet negara serta atlet pelapis yang berprestasi tinggi di IPT dan untuk memastikan atlet yang sedang mengikuti pengajian di IPT dapat meneruskan kecemerlangan di dalam bidang sukan dan akademik
Penajaan kepada pelajar yang menerima Anugerah Tokoh Siswa sebagai satu (1) galakan untuk meneruskan pengajian ke peringkat Sarjana. Program ini bertujuan untuk meningkatkan akses kepada penerima Anugerah Tokoh Siswa untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dan menyediakan pelapis pemimpin pada masa hadapan.
YBM Pengajian Tinggi - Pelajar Cemerlang Politeknik
Penajaan kepada pelajar Politeknik lulusan terbaik keseluruhan setiap sesi pengajian yang bergiat aktif dalam bidang kokurikulum. Program ini bertujuan menggalakkan lebih ramai pelajar cemerlang lepasan diploma dari Politeknik yang ditawarkan bagi melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di UA atau Politeknik dalam bidang TVET.
Bantuan Kewangan
Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK)
Bantuan Kewangan kepada pelajar yang mengikuti program di Kolej Komuniti bagi menyambung pengajian di peringkat sijil. Program ini bertujuan untuk membantu pelajar dari keluarga yang berpendapatan rendah melanjutkan pengajian di peringkat separa profesional yang akan dapat meningkatkan kemahiran hidup mereka dan membantu memperbaiki tahap sosio-ekonomi mereka dan keluarga.
Bantuan Kewangan Asasi (BKA)
Penajaan kepada pelajar-pelajar yang mengikuti program Asasi di Universiti Awam dan 5 Politeknik yang terpilih. Pembiayaan bantuan kewangan ini adalah untuk pelajar golongan sasaran B40 dan M40.
Bantuan Kewangan kepada OKU yang berdaftar dengan JKM dan mempunyai kad OKU serta berkebolehan / berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi. Program ini bertujuan untuk meningkatkan dan memperluaskan peluang pembelajaran sepanjang hayat kepada golongan OKU yang melanjutkan pengajian di UA, IPTS, Kolej Komuniti dan Politeknik di bawah seliaan KPT.
Bantuan kewangan kepada pelajar kelainan upaya yang mengikuti Program Kemahiran Khas secara sepenuh masa sahaja di Politeknik dan Kolej Komuniti terpilih sahaja. Pelajar kelainan upaya tersebut merupakan pelajar yang berdaftar di bawah JKM dan mempunyai kad pendaftaran OKU (OKU dalam kategori DE/DD iaitu pendengaran sahaja). Bantuan kewangan ini tidak mengambil kira taraf pendapatan keluarga sebagai syarat kelayakan.
Penajaan kepada pelajar antarabangsa yang cemerlang di peringkat akademik dan juga ko-kurikulum. Program ini merupakan inisiatif Kerajaan bagi menarik pelajar dari seluruh negara di dunia bagi melanjutkan pengajian di peringkat pascasiswazah di Malaysia.
Tabung Pinjaman Pelajaran (TPP) Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
Kumpulan Wang Amanah Tabung Pusingan Pinjaman Pelajaran Persekutuan
Tabung Pinjaman Pelajaran (TPP) Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) merupakan satu Kumpulan Wang Amanah Tabung Pusingan Pinjaman Pelajaran Persekutuan yang ditubuhkan di bawah Akta Kewangan 1957. Pinjaman ini diberikan kepada pelajar yang melanjutkan pengajian peringkat sijil di Politeknik dan Kolej Komuniti di bawah KPT.
Kumpulan Wang Amanah Tabung Pusingan Pinjaman Pelajaran Persekutuan
Satu perjanjian telah diwujudkan di antara pihak Kerajaan dengan pelajar tajaan KPT yang mengikat mereka untuk mematuhi syarat-syarat perjanjian yang telah ditandatangani. Kegagalan untuk mematuhi syarat-syarat yang dinyatakan dalam surat tawaran KPT dan dokumen ikatan perjanjian akan mengakibatkan pelajar dikenakan tuntutan ganti rugi. Tuntutan ganti rugi dikenakan ke atas pelajar yang gagal menamatkan pengajian dalam tempoh penajaan seperti yang ditetapkan.
Tabung Pinjaman Pelajaran (TPP) Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) merupakan satu Kumpulan Wang Amanah Tabung Pusingan Pinjaman Pelajaran Persekutuan yang ditubuhkan di bawah Akta Kewangan 1957. Pinjaman ini diberikan kepada pelajar yang melanjutkan pengajian peringkat sijil di Politeknik dan Kolej Komuniti di bawah KPT. Peminjam yang menerima pinjaman di bawah TPP ini, perlu membayar balik pinjaman tersebut 6 bulan selepas menamatkan pengajiannya atau mendapat pekerjaan (yang mana terdahulu). KPT telah menetapkan pembayaran secara ansuran sebanyak RM125 sebulan. Walau bagaimanapun, pembayaran melebihi jumlah tersebut amatlah digalakkan. Peminjam perlu mematuhi jadual pembayaran yang telah ditetapkan. Peringatan akan dikeluarkan sekiranya pelajar gagal mematuhinya. Surat tuntutan bayaran balik pinjaman akan dihantar kepada peminjam dalam tempoh enam (6) bulan selepas mereka menamatkan pengajian. Bagi kes peminjam yang menarik diri atau gagal dalam pengajian, surat tuntutan akan dikeluarkan dan dihantar kepada peminjam secara serta-merta setelah status pengajian peminjam dari Politeknik / Kolej Komuniti yang berkenaan diterima.
Semakan Penyata Online / Penyata Baki
Surat Penyata Baki
Peminjam boleh membuat permohonan secara bertulis melalui surat / e-mel / faks. Penyata rasmi baki terkini pinjaman akan dikeluarkan dalam masa tiga (3) hari bekerja dari tarikh terima permohonan.
Tatacara Pembayaran Menggunakan Mesin Deposit Tunai Bank Islam
Prosedur pembayaran:
Pilih menu YURAN IPT /BILL PRESENTMENT
Masukkan no. kad pengenalan Pelajar
Pilih MOHE
Sahkan maklumat Peminjam dan masukkan wang
Sahkan jumlah kemasukkan wang
Transaksi selesai dan ambil Resit
Sila simpan resit sebagai bukti pembayaran.
BANK ISLAM (BIMBB) Internet Banking
Untuk menggunakan perkhidmatan ini, peminjam/pemecah kontrak perlu membuka akaun perbankan internet BIMB di capaian www.bankislam.com.my. Pilih "Payment/Services" >> Bill Presentment >> New IC Number >> Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
Untuk menggunakan perkhidmatan ini, peminjam/pemecah kontrak perlu mendaftar di capaian www.posonline.com.my.
SALURAN BAYARAN BERHAMPIRAN DI BANGUNAN KPT
(terhad kepada pemegang kad ATM Bank Islam sahaja)
MESIN ATM BANK ISLAM
(terhad kepada pemegang kad ATM Bank Islam sahaja)
Pembayaran melalui ATM hanya boleh dilakukan oleh pemegang kad ATM Bank Islam sahaja.
NOTA: Mohon nyatakan No. KP dan emelkan bukti pembayaran ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. untuk pengemaskinian lejer oleh Kementerian
Tuntutan Lebihan Bayaran
Permohonan tuntutan lebihan bayaran balik TPP hendaklah dibuat dengan mengemukakan borang dan dokumen seperti berikut :-
Borang Tuntutan Lebihan Bayaran Balik TPP (muat turun borang);
Salinan maklumat akaun bank;
Salinan slip gaji bagi dua (2) bulan terakhir (ada potongan dan tiada potongan KPT
Paparan pemakluman: Lejer menunjukkan tuan/puan mempunyai lebihan bayaran. untuk pertanyaan atau
Kemaskini Maklumat / Status Pinjaman
Sekiranya peminjam telah bertukar alamat atau tidak menerima sebarang surat tuntutan bayaran balik dalam tempoh enam (6) bulan selepas tamat pengajian, pengemaskinian alamat atau maklumat lain peminjam boleh dibuat melengkapkan borang kemas kini maklumat (muat turun borang).
Di samping itu juga, adalah menjadi tanggungjawab peminjam / penjamin / waris untuk memaklumkan kepada Kementerian mengenai kematian / keilatan/ sakit kronik peminjam dengan kadar segera untuk mengelakkan surat peringatan / pematuhan jadual bayaran balik dikeluarkan kepada peminjam. Pemakluman tersebut boleh dibuat dengan melengkapkan borang pemakluman kematian / keilatan / sakit kronik peminjam (muat turun borang).
Borang yang lengkap boleh dikirimkan melalui e-mel kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau diposkan ke alamat berikut:
Seksyen Penguatkuasaan dan Kutipan Balik Bahagian Biasiswa Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5 62200 W.P. Putrajaya Tel: 0388706000 Faks: 0388706839
Penjadualan Semula Bayaran Balik Pinjaman
Peminjam boleh dipertimbangkan pengurangan kadar ansuran bulanan bayaran balik pinjaman pelajaran dalam hal-hal berikut:
Penerima apa-apa bantuan daripada agensi Kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)/ zakat/ Bantuan Sara Hidup (BSH); ATAU
Peminjam tidak bekerja (disahkan oleh Ketua Kampung/ JKKK/ Penghulu); ATAU
Komitmen hutang sedia ada peminjam telah melebihi 60% daripada gaji bulanan.
PERHATIAN:
Peminjam perlu mengisi lengkap borang bersama dokumen sokongan seperti berikut:
Borang Pengakuan Pendapatan Peminjam (muat turun borang) yang disahkan oleh Ketua Kampung / JKKK atau Penghulu beserta borang permohonan tersebut (muat turun borang);
Salinan Slip Gaji Peminjam (telah disahkan oleh Majikan jika bekerja);
Surat Rayuan Pengurangan Ansuran (sila sertakan justifikasi yang kukuh); dan
Dokumen sokongan (akaun penerima BR1M/BSH/Zakat/e-KASIH/ dll)
Permohonan Pengesahan Penyelesaian Pembayaran
Peminjam boleh membuat permohonan secara bertulis melalui surat / e-mel / faks dengan mengemukakan maklumat seperti berikut agar Surat Selesai Bayar tersebut dapat dikeluarkan dengan sewajarnya:
Satu perjanjian telah diwujudkan di antara pihak Kerajaan dengan pelajar tajaan KPT yang mengikat mereka untuk mematuhi syarat-syarat perjanjian yang telah ditandatangani. Elemen penguatkuasaan merupakan mekanisme yang diguna pakai oleh KPT bagi memastikan pelajar tajaan KPT mematuhi perjanjian yang ditandatangani untuk menamatkan pengajian dalam tempoh tajaan seterusnya menyumbang bakti kepada negara. Dalam hubungan ini, pelajar tajaan yang mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi hendaklah menamatkan pengajian dalam tempoh tajaan yang diluluskan dan berkhidmat dengan Kerajaan bagi mematuhi perjanjian yang berkuat kuasa.
Kegagalan untuk mematuhi syarat-syarat yang dinyatakan dalam surat tawaran KPT dan dokumen ikatan perjanjian akan mengakibatkan pelajar dikenakan tuntutan ganti rugi. Tuntutan ganti rugi dikenakan ke atas pelajar yang gagal menamatkan pengajian dalam tempoh penajaan seperti yang ditetapkan. Jumlah tuntutan ganti rugi yang dikenakan adalah sebanyak RM120,000 hingga RM160,000 bagi pengajian dalam negara dan kos perbelanjaan sebenar yang dikeluarkan oleh Kerajaan bagi pengajian luar negara.
Surat Penyata Baki
Pemecah kontrak boleh membuat permohonan secara bertulis melalui surat/ e-mel / faks. Penyata rasmi baki terkini ganti rugi akan dikeluarkan dalam masa tiga (3) hari bekerja dari tarikh terima permohonan.
Tatacara Pembayaran Menggunakan Mesin Deposit Tunai Bank Islam
Prosedur pembayaran:
Pilih menu YURAN IPT /BILL PRESENTMENT
Masukkan no. kad pengenalan Pelajar
Pilih MOHE
Sahkan maklumat Peminjam dan masukkan wang
Sahkan jumlah kemasukkan wang
Transaksi selesai dan ambil Resit
Sila simpan resit sebagai bukti pembayaran.
BANK ISLAM (BIMBB) Internet Banking
Untuk menggunakan perkhidmatan ini, peminjam/pemecah kontrak perlu membuka akaun perbankan internet BIMB di capaian www.bankislam.com.my. Pilih "Payment/Services" >> Bill Presentment >> New IC Number >> Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
(terhad kepada pemegang kad ATM Bank Islam sahaja)
MESIN ATM BANK ISLAM
(terhad kepada pemegang kad ATM Bank Islam sahaja)
Pembayaran melalui ATM hanya boleh dilakukan oleh pemegang kad ATM Bank Islam sahaja.
NOTA: Mohon nyatakan No. KP dan emelkan bukti pembayaran ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. untuk pengemaskinian lejer oleh Kementerian
Permohonan tuntutan lebihan bayaran balik tuntutan ganti rugi / ETB hendaklah dibuat dengan mengemukakan borang dan dokumen seperti berikut:
Borang Tuntutan Lebihan Bayaran Balik Tuntutan Ganti Rugi / ETB (muat turun borang);
Salinan maklumat akaun bank;
Salinan slip gaji bagi dua (2) bulan terakhir (ada potongan dan tiada potongan KPT)
Paparan pemakluman: Lejer menunjukkan tuan/puan mempunyai lebihan bayaran.
Kemaskini Maklumat / Status Pemecah Kontrak
Sekiranya peminjam telah bertukar alamat atau tidak menerima sebarang surat tuntutan bayaran balik dalam tempoh enam (6) bulan selepas tamat pengajian, pengemaskinian alamat atau maklumat lain peminjam boleh dibuat melengkapkan borang kemas kini maklumat (muat turun borang).
Di samping itu juga, adalah menjadi tanggungjawab peminjam / penjamin / waris untuk memaklumkan kepada Kementerian mengenai kematian / keilatan/ sakit kronik peminjam dengan kadar segera untuk mengelakkan surat peringatan / pematuhan jadual bayaran balik dikeluarkan kepada peminjam. Pemakluman tersebut boleh dibuat dengan melengkapkan borang pemakluman kematian / keilatan / sakit kronik peminjam (muat turun borang).
Borang yang lengkap boleh dikirimkan melalui e-mel kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau diposkan ke alamat berikut:
Seksyen Penguatkuasaan dan Kutipan Balik Bahagian Biasiswa Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5 62200 W.P. Putrajaya Tel: 0388706000 Faks: 0388706839
Penangguhan Pembayaran / Penjadualan Semula Bayaran Balik Ansuran
Pemecah kontrak boleh dipertimbangkan penangguhan bayaran balik tuntutan ganti rugi/ tempoh berkhidmat/ penjadualan semula ansuran dalam hal-hal berikut:
Melibatkan masalah kesihatan yang kritikal tetapi ada kemungkinan untuk pulih; ATAU
Melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi (Surat pengesahan daripada universiti/ institusi pengajian); ATAU
Masih belum bekerja
Permohonan Pengesahan Penyelesaian Pembayaran
Pemecah kontrak boleh membuat permohonan secara bertulis melalui surat / e-mel / faks dengan mengemukakan maklumat seperti berikut agar Surat Selesai Bayar tersebut dapat dikeluarkan dengan sewajarnya: