Logo KPM

KENYATAAN MEDIA

Perjumpaan Menteri Pendidikan Bersama Pelajar Dan Aktivis Pelajar

PUTRAJAYA, 10 SEPTEMBER – Berhubung laporan portal Malaysia Gazette hari ini (10 September 2018), yang bertajuk "Dasar pintu terbuka Maszlee Malik hanya sekadar ‘retorik’ – Aktivis Pelajar", sebagaimana telah disebutkan pada 8 September 2018, saya komited untuk bertemu dengan aktivis pelajar pada Rabu, 12 September ini.

Sehubungan itu, saya telah pun mengarahkan pegawai saya untuk berhubung dengan wakil kumpulan yang mengadakan protes di Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu Saudara Asheeq Ali.

Justeru, perjumpaan telah ditetapkan untuk diadakan pada 12 September 2018 jam 6.30 petang dan telah pun dipersetujui oleh Saudara Asheeq selaku wakil kumpulan tersebut, kelmarin (8 September 2018).

Saya berharap perjumpaan itu dapat membuka ruang kepada mereka untuk bertemu dengan saya dan juga bagi saya untuk mendengar suara mereka.

Sekali lagi saya ingin mengulangi dasar terbuka saya dan juga Kerajaan, dan pada masa yang sama berpegang teguh dengan pendekatan saya untuk memelihara kebebasan bersuara mahasiswa dan juga autonomi universiti.

YB DR. MASZLEE MALIK
MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA
10 SEPTEMBER 2018

Cetak Emel