Logo KPM

SIARAN media

PROF. TAN SRI Dr. DZULKIFLI ABDUL RAZAK
REKTOR UIAM YANG BAHARU

PUTRAJAYA, 7 Ogos – Kementerian Pendidikan Malaysia mengucapkan tahniah kepada YBhg. Profesor Tan Sri Dr. Dzulkifli Abdul Razak yang dilantik sebagai Rektor ke-6 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang baharu berkuat kuasa 1 Ogos. Beliau menggantikan YBhg. Profesor Datuk Dr. Zaleha Kamarudin yang mengakhiri tempoh perkhidmatannya pada 31 Julai yang lalu.

Merupakan bekas Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), YBhg. Profesor Tan Sri Dr. Dzulkifli Abdul Razak berpengalaman luas dalam dunia akademik serta pentadbiran pendidikan tinggi di dalam mahupun luar negara. Kepimpinan beliau terserlah sewaktu menerajui Universiti Sains Malaysia (USM) sebagai Naib Canselor selama 11 tahun dan berjaya menjadikan universiti tersebut berstatus APEX (Accelerated Programme for Excellence) dan satu-satunya universiti awam di negara ini berstatus demikian.

Kementerian percaya dengan pengalaman serta daya kepimpinan yang beliau miliki, beliau mampu untuk mentadbir Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dengan cemerlang seterusnya menjadikan UIAM sebagai pusat rujukan bidang ilmu islam seluruh dunia.

Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Pendidikan Malaysia

Cetak Emel