• Utama
  • Media
  • Kenyataan Media
  • Kenyataan Akhbar Program Bantuan Kewangan Kepada Orang Kurang Upaya Dan Program Pendidikan Khas Tahun 2018
Logo KPT 200x150   Black

KENYATAAN AKHBAR

PROGRAM BANTUAN KEWANGAN KEPADA ORANG KURANG UPAYA DAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS TAHUN 2018


Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) terus komited dalam menyediakan akses pendidikan di peringkat tertiari serta pendidikan sepanjang hayat bagi meningkatkan kemahiran dan kelestarian hidup kepada semua warganegara Malaysia, termasuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU). Komitmen ini adalah selaras dengan matlamat Kerajaan untuk mensejahterakan rakyat tanpa mengira kaum dan keturunan.

Sehubungan itu, KPT meneruskan penawaran bantuan kewangan melalui Program Bantuan Kewangan Orang Kurang Upaya (BKOKU) dan Program Pendidikan Khas (PPK).

Untuk tahun 2018, semua warganegara Malaysia, termasuk golongan OKU yang berkelayakan adalah dipelawa memohon bantuan kewangan BKOKU dan PPK ini pada bila-bila masa di sepanjang tahun 2018.

Maklumat lanjut mengenai tatacara dan syarat-syarat permohonan boleh dilayari menerusi portal rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi MyBrain 15 iaitu https://biasiswa.mohe.gov.my/bk_oku atau menghubungi terus Bahagian Biasiswa KPT di talian 03-88706370 (9.00am - 5.00pm waktu bekerja).

Sekian, terima kasih.


YB Dato’ Seri Idris bin Jusoh
Menteri Pendidikan Tinggi
Putrajaya

2 Mac 2018

 

Cetak Emel