Logo KPT 200x150   Black

KENYATAAN AKHBAR

PENAWARAN BAHARU BIASISWA MYBRAIN15 TAHUN 2018


Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan ini mengumumkan bahawa permohonan bagi MyMaster dan MyPhD di bawah Program Biasiswa MyBrain15 dibuka kepada semua warganegara Malaysia mulai 1 hingga 31 Mac 2018.

Warganegara Malaysia yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dan PhD di universiti awam (UA) dan universiti swasta terpilih adalah dipelawa untuk memohon Biasiswa MyBrain15 (MyMaster dan MyPhD) ini.

Maklumat lanjut mengenai tatacara dan syarat-syarat permohonan boleh dilayari menerusi portal rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi MyBrain 15 iaitu https://biasiswa.mohe.gov.my MyBrain15/v2/ atau menghubungi terus 03-88881616 (9.00am - 5.00pm waktu bekerja).

Penawaran Program Biasiswa MyBrain15 ini merupakan salah satu komitmen Kerajaan bagi membantu warganegara Malaysia melanjutkan pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi disamping memastikan pembangunan sosio-ekonomi negara terus mampan dan berdaya saing dan dikengkapi dengan sumber manusia warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berpengentahuan tinggi.

Sekian, terima kasih.

YB Dato’ Seri Idris bin Jusoh
Menteri Pendidikan Tinggi
Putrajaya

2 Mac 2018

 

Cetak Emel