Logo KPT 200x150   Black

SIARAN MEDIA

PERUNTUKAN GERAN MENGURUS KEPADA KOLEJ UNIVERSITI TUANKU ABDUL RAHMAN (KUTAR)


Kementerian Pendidikan Tinggi ingin memberikan penjelasan lanjut kepada pertanyaan YB Ahli Parlimen Rasah dan YB Ahli Parlimen Tanjung Piai semasa Sesi Penggulungan Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2018 Peringkat Jawatankuasa di Dewan Rakyat pada 28 November 2017.

Kedua-dua YB Ahli Parlimen berkenaan telah mengemukakan pertanyaan kepada YB Ahli Parlimen Besut yang juga Menteri Pendidikan Tinggi sebab-sebab kenapa peruntukan kewangan kepada KUTAR tidak diberikan pada tahun 2018.

Bagi tahun 2018, peruntukan kewangan tidak dimasukkan ke dalam Anggaran Belanja Mengurus (ABM) di bawah Butiran 010000 Operasi Pendidikan Tinggi. Walaubagaimanapun, peruntukan sebanyak RM30 Juta di bawah OS42000 (Pemberian Dalam Negeri) Butiran 040000 (Pengurusan Sektor Pendidikan Tinggi) telah disediakan dan akan disalurkan kepada KUTAR bagi menampung kos operasi mengurusnya pada tahun 2018.

Kementerian Pendidikan Tinggi

PUTRAJAYA
30 November 2017

Cetak Emel