Maklumat Peminjam

Kemaskini Maklumat Peminjam

Peminjam bertanggungjawab mengemaskini maklumat masing-masing untuk memudahkan urusan penghantaran surat-menyurat serta pemberitahuan maklumat terkini Sila hubungi Unit Penguatkuasaan dan Kutipan Balik, Bahagian Biasiswa sekiranya peminjam telah bertukar alamat atau tidak menerima sebarang surat tuntutan bayaran balik dalam tempoh enam (6) bulan selepas tamat pengajian.

Peminjam boleh mengemaskini maklumat masing-masing dengan melengkapkan pdf Borang Kemaskini Maklumat Peminjam (235 KB)  dan mengirimkannya melalui e-mel kepada: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

Makluman Kematian/Keilatan/Hilang Upaya Kekal

Adalah menjadi tanggungjawab peminjam/ penjamin /waris untuk memaklumkan kepada Kementerian mengenai kematian / keilatan/ sakit kronik peminjam dengan kadar segera untuk mengelakkan surat peringatan / pematuhan jadual bayaran balik dikeluarkan kepada peminjam.

Pemakluman tersebut boleh dibuat dengan melengkapkan borang pemakluman kematian/ keilatan/ sakit kronik peminjam TPP (muat turun borang) dan dikembalikan semula kepada KPT.

Print