CALL FOR APPLICATIONS GERMAN INTERNATIONAL PARLIAMENTARY SCHOLARSHIP (IPS)

Pihak Kedutaan Besar Jerman di Malaysia buat pertama kalinya telah memanjangkan hebahan berhubung penawaran biasiswa bagi program German International Parliamentary Scholarship (IPS). 

Program kerjasama di antara German Bundestag dan institusi-institusi pengajian tinggi (IPT) di Jerman seperti Freie Universität Berlin, Humboldt-Universität zu Berlin serta Technische Universität Berlin ini telah menawarkan sebanyak 120 biasiswa kepada para graduan universiti dari 42 buah negara. 

Program ini dilihat sebagai salah satu usaha bagi meningkatkan jalinan kerjasama di antara Jerman dan Malaysia di samping dilihat sebagai satu platform terbaik untuk memupuk nilai-nilai dan toleransi demokratik, serta memberi peluang kepada penerima biasiswa untuk mendalami kepelbagaian budaya asing dan diberi pendedahan terperinci mengenai fungsi Parlimen Jerman iaitu Bundestag. Untuk makluman, pihak Kerajaan Jerman akan menanggung kos-kos perbelanjaan seperti pembayaran bulanan, penginapan, insurans serta kos perjalanan dua hala dari Kuala Lumpur ke Berlin.

Butiran-butiran lain bagi program biasiswa ini adalah seperti berikut:

a)  Tempoh program: 1 Mac - 31 Julai 2021

b)  Permohonan dibuka sekarang sehingga 31 Julai 2020

c)  Syarat kelayakan:

·         Warganegara Malaysia 

·         Memiliki Ijazah Sarjana Muda

·         Mampu bertutur dengan baik di dalam bahasa Jerman (minimum - Tahap B2)

·         Berumur 30 tahun ke bawah (lahir selepas 1 Mac 1991)

·         Meminati bidang politik dan sosial serta sejarah Jerman

·         Mempunyai pengalaman/ penglibatan di dalam sosio-politik (akan mempunyai kelebihan)

 

Nota makluman berhubung latar belakang serta proses permohonan program biasiswa tersebut (seperti di Lampiran).  pdf German IPS Flyers to Malaysia (885 KB)

Permohonan hendaklah dikemukakan kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. sebelum 31 Julai 2020 (jam 12.00 tengah malam waktu Malaysia).

Print Email