• Home
  • Latest
  • Pengumuman
  • Soalan Lazim (FAQ) Bekaitan Perintah Kawalan Pergerakan - Penghantaran Pulang Pelajar-Pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) Ke Kampung Halaman Melalui Penerbangan

Soalan Lazim (FAQ) Bekaitan Perintah Kawalan Pergerakan - Penghantaran Pulang Pelajar-Pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) Ke Kampung Halaman Melalui Penerbangan

1. Adakah pelajar Semenanjung yang berada di kampus IPT di Sabah dan Sarawak dan/atau pelajar Sabah dan Sarawak yang berada di kampus IPT di Semenanjung dibenarkan pulang ke kampung masing-masing?

  • YaSemua pelajar Semenanjung yang berada di Sabah atau Sarawak dan Pelajar Sabah dan Sarawak yang berada di Semenanjung dan masih berada di kampus dibenarkan pulang ke kampung masing-masing mengikut jadual perjalanan dan penerbangan yang diatur oleh IPT masing-masing mulai 1 Mei 2020.
  • Semua pelajar perlu mengisi sistem maklumat pergerakan pelajar pulang iaitu ‘iptpulang’ bagi memastikan pergerakan pulang pelajar dapat dilaksanakan secara lebih sistematik.
  • Semua pelajar dibenarkan pulang ke kampung halaman masing-masing kecuali kampung halaman yang berada dalam lokasi Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD/EMCO).

2. Apakah perkara utama yang perlu dilakukan oleh pelajar sebelum pergerakan pulang?

  • Semua pelajar yang tersenarai dalam sistem maklumat ‘iptpulang’ diminta menghubungi Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) IPT masing-masing dan mengisi Borang pengisytiharan kesihatan (Health Declaration Form dari Majlis Kesihatan Universiti Awam).
  • Pelajar diwajibkan memuat turun aplikasi MySejahtera/MyTrace ke dalam telefon bimbit masing-masing dan melengkapkan maklumat seperti dikehendaki oleh aplikasi tersebut. Kemudian, pelajar diminta untuk mengisi maklumat lengkap yang diperlukan dalam borang pengisytiharan kesihatan.
  • Bagi pelajar yang memasuki dan meninggalkan Sarawak perlu mengisi borang khas di pautan https://sarawakdisastermc.com/

3. Adakah pihak IPT akan melakukan saringan gejala sebelum membenarkan pelajar balik?

Ya. Pihak IPT akan melakukan saringan gejala sebelum membenarkan pelajar balik.

4. Bagaimana dengan pelajar yang GAGAL proses saringan gejala?

Pelajar yang GAGAL proses saringan kesihatan TIDAK DIBENARKAN pulang dan akan dihantar ke Pusat Kesihatan Pelajar IPT. Pelajar berkenaan juga akan dirujuk kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan selanjutnya.

5. Bagaimana dengan pelajar yang menyewa di luar kampus (Non Resident) untuk pulang ke kampung halaman di Semenanjung, Sabah atau Sarawak? Adakah urusan pergerakan dan pengangkutan pelajar dari rumah sewa ke IPT dan ke lapangan terbang diuruskan oleh kerajaan?

  • Pelajar yang menyewa di kesemua zon (merah, kuning dan hijau) di Semenanjung, Sabah dan Sarawak dibenarkan pulang ke kampung halaman mereka.
  • Urusan pergerakan pelajar akan diurus oleh IPT masing-masing bermula dari rumah di luar kampus menaiki pengangkutan yang disediakan sehingga pelajar menaiki penerbangan khas oleh kerajaan mengikut destinasi kampung halaman.
  • Pelajar perlu berhubung dengan HEP IPT masing-masing dan mengisi Borang pengisytiharan kesihatan (Health Declaration Form dari Majlis Kesihatan Universiti Awam) diwajibkan memuat turun aplikasi MySejahtera/MyTrace ke dalam telefon bimbit masing-masing dan melengkapkan maklumat seperti dikehendaki oleh aplikasi tersebut. 

6. Bagaimanapula dengan pelajar Latihan Industri (LI) yang masih bekerja dari rumah sehingga tamat latihan?

Pelajar LI perlu menghubungi dan berurusan dengan IPT masing-masing.  

7. Bagaimana prosedur Kerajaan membawa pulang pelajar balik ke kampung halaman masing-masing?

Sebelum penerbangan:

  • Pergerakan bas dari IPT ke lapangan terbang mengikut jadual destinasi.
  • Pastikan Kad Pengenalan atau Pasport atau Dokumen Perjalanan Terhad (DPT)
  • Pelajar diminta menjaga sanitasi kendiri seperti mencuci tangan/menggunakan hand sanitizer, menggunakan face mask dan amalkan penjarakan sosial.  

Semasa di lapangan terbang:

  • Pergerakan dari lapangan terbang yang terlibat adalah ke semua destinasi zon hijau, kuning dan merah.
  • Pelajar akan diserahkan tiket masing-masing.
  • Semua pelajar dikehendaki menyemak Pas Masuk (Boarding Pass) masing-masing terutama nama, no. kad pengenalan/ Pasport, destinasi, tarikh dan masa penerbangan.
  • Jika berlaku kesilapan, sila maklumkan dengan kadar segera kepada Liaison Officer (LO) bertugas untuk tindakan selanjutnya.
  • Setelah selesai urusan di Imigresen, pelajar mengambil beg-beg (luggage) yang telah di checked-in dari

Ketibaan pelajar di destinasi:

  • Bas akan menunggu di lapangan terbang yang ditetapkan.
  • Bas akan terus membawa ke IPD/ Pejabat Daerah.
  • Jumlah penumpang bagi setiap bas adalah separuh daripada kapasiti penuh bagi memastikan penjarakan sosial (social distancing).

8. Bagaimana Kerajaan memastikan urusan pergerakan pulang ke setiap destinasi berjalan lancar?

  • Ketibaan di lapangan terbang di Semenanjung atau ketibaan pelajar dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak
    • Menyemak semula dokumen perjalanan.
    • LO terus mengumpulkan pelajar di satu (1) kawasan sebelum pintu keluar untuk menaiki kenderaan yang ditentukan.
    • Pelajar yang tiba di Sarawak (Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri) akan dibawa ke tempat kuarantin untuk disaring. Para pelajar akan dikuarantin di rumah atau di pusat kuarantin yang disediakan selama 14 hari.
    • Bagi pelajar yang tiba di Semenanjung atau Sabah, pihak Kementerian atau kerajaan Negeri akan mengurus pergerakan pelajar dan kenderaan agensi untuk membawa pelajar pulang ke kampung halaman.
    • Pelajar juga diminta untuk menjaga sanitasi kendiri seperti mencuci tangan/menggunakan hand sanitizer, menggunakan face mask dan amalkan penjarakan sosial.

9. Adakah pelajar yang pulang ke Sabah dan Sarawak perlu di kuarantin?

  • Kerajaan Negeri Sarawak telah menetapkan pelajar Sarawak yang tiba di Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri akan dibawa ke tempat kuarantin untuk disaring. Para pelajar akan dikuarantin di rumah atau di pusat kuarantin yang disediakan selama 14 hari.
  • Bagi pelajar Semenanjung dan Sarawak yang tiba di Sabah, pelajar ini dikecualikan dikuarantin di pusat-pusat kuarantin. Pelajar-pelajar ini hanya perlu menjalani kuarantin di rumah (home quarantine) masing-masing untuk tempoh 14 hari dan ibu bapa atau penjaga hendaklah bertanggungjawab mematuhi prosedur yang ditetapkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah.  Namun begitu, pelajar yang tiba dari kawasan zon merah akan dikuarantinkan di Pusat Kuarantin yang disediakan oleh kerajaan negeri.

10. Bagaimana urusan penghantaran pelajar ke rumah masing-masing di buat sebaik sahaja mereka tiba di IPD/ Pejabat Daerah yang ditetapkan?

  • Penghantaran pelajar akan dibuat oleh anggota agensi Kerajaan yang ditugaskan untuk menghantar mereka ke rumah masing-masing.
  • Ibu bapa juga dibenarkan untuk mengambil pelajar balik ke rumah masing-masing.

11. Bagaimana pergerakan pelajar ini dibuat bagi ke Semenanjung, Sabah dan Sarawak?

  • Pergerakan pelajar adalah mengikut destinasi yang ditetapkan seperti berikut :-
  • Kumpulan pelajar dari Semenanjung yang akan ke Sabah dan Sarawak akan dipecahkan kepada empat zon, membabitkan yang belajar di Pantai Timur (Terengganu dan Kelantan) akan balik melalui Terengganu, zon tengah (Pahang, sebahagian Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka) melalui KLIA, Zon Selatan dari Johor Bahru manakala Zon Utara (Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan sebahagian dari Perak) dari Pulau Pinang.
  • Kumpulan pelajar dari Sarawak yang akan ke Semenanjung akan berlepas menggunakan beberapa lapangan terbang di Sarawak ke KLIA.
  • Pelajar dari Sabah ke Semenanjung akan menggunakan lapangan terbang Kota Kinabalu ke KLIA.

12. Apakah langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil oleh pelajar setelah tiba di kampung halaman?

Pelajar dinasihatkan untuk mengikuti langkah-langkah keselamatan seperti berikut:

  • Mematuhi semua arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
  • Mengamalkan penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1 meter.
  • Mengikut nasihat kesihatan yang dikeluarkan oleh KKM.

13. Bagaimana KPT memastikan keselamatan dan kesihatan pelajar terjaga?

  • Saringan gejala akan dijalankan sebelum pergerakan pelajar yang menaiki bas dan kapal terbang.
  • Pelajar akan dibekalkan dengan hand sanitizer dan face mask sebelum bergerak.
  • Ketika dalam bas dan kapal terbang, pelajar hendaklah mengamalkan penjarakan sosial sepanjang masa.
  • Kesihatan pemandu bas juga akan disaring dan bas akan dinyahkuman terlebih dahulu.
  • Semasa pergerakan penghantaran pelajar ke IPD/Pejabat Daerah, bas akan berhenti dalam perjalanan hanya untuk tujuan kecemasan sahaja. 

14. Adakah makanan akan disediakan kepada pelajar sepanjang proses pergerakan pelajar pulang ke rumah?

  • Ya, penyediaan makan malam/ juadah berbuka puasa disediakan sebelum pergerakan pelajar.
  • Pihak IPT akan menyediakan makanan bagi tujuan sahur. 

15. Bagaimana dengan pelajar yang tinggal di rumah keluarga terdekat/saudara/kawan tetapi berhasrat untuk pulang ke kampung halaman?

  • Sekiranya pelajar tinggal di rumah keluarga terdekat/saudara/kawan,pelajar tersebut juga boleh pulang ke kampung. Pelajar ini perlu mengisi sistem maklumat pergerakan pelajar pulang iaitu ‘iptpulang’ untuk urusan pergerakan pulang pelajar.
  • Urusan pergerakan pelajar akan diurus oleh IPT masing-masing bermula dari rumah di luar kampus sehingga pelajar menaiki penerbangan khas yang disediakan oleh kerajaan mengikut destinasi kampung halaman. (Penjelasan sama seperti nombor 3)

16. Bagaimana pula dengan pelajar yang sudah membeli tiket penerbangan untuk pulang?

  •  Boleh merujuk kepada syarikat penerbangan yang dipilih.

 

Untuk sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut berkaitan dengan pergerakan pulang pelajar, boleh hubungi talian Hotline Bilik Gerakan KPT dan IPT masing-masing seperti ketetapan berikut:-

UNIVERSITI AWAM